Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar

Salam sejahtera buat semua.

Gereja Metro Tabernacle A/G

Terkejut apabila terbaca kicauan di pagi hari mengatakan ada sebuah gereja telah dibakar. Dilaporkan, sebuah gereja di Desa Melawati telah dibakar lewat tengah malam tadi.

Kejadian ini yang terjadi di Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak telah dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH. Walaupun pihak polis menafikan dan masih dalam siasatan, tidak dapat tidak kita akan beranggapan pastinya ada kaitan dengan isu tersebut.

Kalau betul ianya dilakukan kerana isu penggunaan kalimah ALLAH, maka ini cuma salah satu akibat daripada percubaan untuk bermain dengan sesuatu hal yang sensitif. Namun begitu, saya tetap kesal dengan kejadian yang terjadi jika betul ianya dilakukan oleh orang Islam.

Walaupun terdapat golongan yang mengatakan isu penggunaan nama ALLAH ini adalah sesuatu hal yang biasa di Sabah dan Sarawak, perlu diingat ia bukan sebegitu di Semenanjung.

Ada dua benda yang tidak patut dicabar dalam kehidupan bangsa Melayu iaitu agama Islam dan ketuanan Melayu (termasuk perihal Raja-raja Melayu). Perkara-perkara ini sangat mudah untuk menyentuh sensitiviti Melayu. Jadi, jangan dicuba untuk mencabar sesuatu hal yang boleh menggugat kestabilan kehidupan majmuk di Malaysia.

Kalau akhirnya nanti Mahkamah tetap membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh Gereja Roman Katolik, saya boleh menjangkakan keadaan yang lebih dahsyat. Penyelesaiannya satu sahaja, tak boleh guna.

beliamuda: [1] Kalau ianya sudah lama digunakan di Sabah dan Sarawak, kenapa baru setahun dua ini isu pengunaan kalimah ALLAH dibangkitkan? Kenapa pula pihak Gereja Roman Katolik bersungguh-sungguh mencabar Kementerian Dalam Negeri? [2] Para penggodam pun sedang giat menyerang di alam siber. Laman web Herald dah beberapa kali digodam. Laman Kehakiman juga turut digodam.

[Gambar ihsan Metro Tabernacle]

82 thoughts on “Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar

  1. Perbuatan ini akan menimbulkan keadaan huru-hara yang akan memudaratkan negara. Apakah ini yang dikehendaki orang Malaysia terutama sekali yang beragama Islam? Apakah boleh the diterima sekiranya jenayah ini dilakukan oleh bukan Muslim ke atas gereja diluar negara di mana Muslim merupakan minoriti?

    “Silent majoriti” Islam harus bertindak demi kebaikan negara. Ini adalah politik semata-mata. Kalimat Allah telah digunakan oleh orang2 Kristian di Sabah dan Sarawak sejak sebelum merdeka dulu. Kenapa kerajaan diterajui UMNO menimbulkan isu ini hanya sekarang?

    • @Colin Wong, is it? The question should be why the Christians arise this issue only now?

      I think it’s obvious on who starts this commotion..

      However, I believe there should be a dialogue between Christian and Muslim scholaras (not UMNO scholars) on this issue to clarify a lot of confusions derived. Currently, It’s just like a conversation between chicken and duck since no side try to understand the opposite side
      .-= faris´s last blog ..Bas Dua Tingkat 2 =-.

      • Saudara Faris,

        Sila rujuk http://www.einjil.com/ Saya ada Alkitab di sisi saya
        yang saya miliki sejak 1982 semasa di luar negara. Semasa itu
        saya sering hadir ke gereja Bahasa Indonesia. Jenguklah ke website
        di atas. Carilah nama Allah.

        Isunya, BI serumpun dan sekiranya Allah diterima oleh negara
        serumpun yang penduduknya yang berbahasa yang sama berkali ganda
        boleh menerimanya, mengapa kita tidak.

        Oleh itu, saya seru umat Islam di Malaysia melebarkan pemikiran
        dan mendekati prinsip yang dijalin oleh Indonesia selama ini demi
        kebaikan kita semua.

        • @Colin Wong, Terima kasih atas respon saudara Colin. mohon maaf sekiranya pandangan saya menyakitkan hati saudara.. sungguh saya tidak berniat sebegitu. It’s gud to have u here to clarify our confusions.

          Ingin saya lontarkan satu persoalan setakat kajian saya selama ini. Tidak pernah saya temui perkataan Allah dalam Bible berbahasa Hebrew (Bahasa asal Bible) dan Inggeris. Sekiranya ada sudilah saudara tunjukkan. Benar ia wujud dalam Bible Arab dan Indonesia. Namun, itu hanyalah terjemahan. Adakah Bible membenarkan penukaran nama penting ini yang menjadi asas pegangan dalam Kristian? Maknanya Bahasa Inggeris=God, Bahasa Hebrew=Eli dan sebagainya? Dalam Bahasa Melayu mahupun Indonesia God/Eli bermaksud Tuhan.

          Berbeza dengan perkataan Allah yang digunakan oleh orang Islam dalam semua terjemahan seluruh dunia walaupun berbeza bahasa. Tiada terjemahan lain untuk Allah melainkan Allah. Tuhan dalam bahasa Arab bermaksud Ilah bukan Allah. Maaf, saya hanya sekadar mahu tahu memandangkan tiada dialog yang serius untuk merungkai hal ini. Harap tuan bersikap terbuka dalam hal ini.

          Ini bukan isu bangsa serumpun, ini isu akidah/creed. iaitu perkara paling asas dalam agama Islam. Kami tidak dikatakan Islam jika pegangan kami lari mahupun seinci. Kami tidak boleh bersetuju memandangkan Allah yang golongan Kristian rujuk ialah Allah yang bersifat Triniti, sdg bagi kami tiada tuhan melainkan Allah yang Esa. Itu asasnya. Rujukan mutlak Islam adalah Al-Quran dan kamu adalah Injil bukannya Indonesia mahupun Arab. Terima kasih
          .-= faris´s last blog ..Bas Dua Tingkat 2 =-.

          • Saudara Faris,

            Saya tidak dapat memberi jawapan kepada soalan di atas kerana bidang pengetahuan saya terhadap asal usual bermulanya penggunanan kalimat Allah dalam Alkitab Indonesia memang terhad. Sementara itu, pegangan umat Kristian mengenai rujukan mutlak, bermula daripada terjemahan bahasa masing-masing dan bila perlu penjelasan, Alkitab bahasa aslinya, iaitu Hebrew untuk Perjanjian Lama dan Yunani untuk Perjanjian Baru. Oleh kerana itu, para “Pastor” dan paderi (priest – bagi Katolik) dilatih memahami kedua2 bahasa tersebut.

            Bagi saudara-saudara yang menggunakan bahasa Melayu terutama di Sabah dan Sarawak, mereka tidak faham kenapa perkara ini menjadi isu sekarang dan bukannya dahulu. Merumitkan keadaan pula apabila kedua2 negeri itu memang dari asalnya bukan majoriti Melayu dan Muslim dan tiba2 kini diminta akur atas alasan Ketuanan Melayu. Ini jelas kelihatan dalam beberapa blog di Internet. Bagi mereka, inilah isu yang lebih kritikal dan perlu dijawab. Saya faham soalan saudara dan memang ada tempat dan masanya ianya dibincang dan dicari jawapan atau persetujuan yang sepakat.

            Malah, sudah ada yang berkata mereka menyesal Sabah dan Sarawak menubuh Malaysia dengan Malaya dahulu. Dilemma ini menimbulkan persoalan baru iaitu samada kita di semenanjung wajar memaksa kelaziman kita ke atas mereka memandangkan latarbelakang sejarah Sabah dan Sarawak. Itu pun belum kita buat pertimbangan dari segi hak asasi manusia dari segi perlembagaan yang jelas memihak pandangan mereka.

            Bagi Kristian semenanjung, majoriti menggunakan B Inggeris dan B Cina. Namun begitu, kami tetap prihatin dengan situasi mereka dan bersama mereka dalam isu ini. Tetapi, tak payahlah sampai nak membakar gereja.

            Selamat malam saudara Faris.

          • @Colin Wong, apa yang dimaksudkan oleh kerajaan adalah penggunaan ALLAH dalam herald tu dicetak di semenanjung. sebab itu lah dia tidak bagi. ada pula pihak yang tiba tiba mengkaitkan dengan sabah dan sarawak. itulah pasalnya. apabila benda yang biasa di sarawak dan sabah di bawa ke semenanjung, tentulah orang akan berasa pelik dan mungkin akan timbul perasaan marah. seperti contoh, A dan B berjiran. mereka baik dan rapat malahan selalu bantu-membantu. A tahu yang B tidak suka akan anjing. di rumah A ada anjing, di rumah B tidak suka dan tidak pernah anjing masuk. apabila A melawat B dan sengaja membawa anjing masuk ke rumah B, tentulah B akan marah kerana dia tidak suka akan anjing dan belum pernah ada anjing pijak halaman rumahnya. walaupun A dan B duduk dalam satu taman. A hendaklah menghormati si B walaupun dalam satu taman yang sama anjing sebenarnya dibenarkan. ini perumpamaan sahaja. tidak berniat menyakitkan hati atau sebagainya. disebabkan pihak itu, orang islam di semenanjung terkena pula dengan sesuatu yang mereka tidak pernah fikirkan selama ini akan berlaku. . berkenaan dengan membakar gereja, itu bagi saya belum terbukti lagi orang islam yang melakukannya. jadi, kenapa sahaja mesti orang islam yang dipersalahkan sebaik sahaja benda macam tu berlaku. bagi saya, kepalanya adalah anasir dari luar yang ingin memecahbelahkan malaysia. ini sudah melampau. harap saya x sakitkan hati sesiapa. saya ni pun bukannya sempurna. salam.

          • @Colin Wong, Terima kasih saudara colin atas respon yg baik..

            dialog sebegini yg kita perlukan, bukannya pertengkaran yg tiada asas sebagaimana berlaku kini. Justeru diharapkan agar kerajaan memperbykkn dialog seumpamanya untuk sama-sama mencari titik persefahaman dan permuafakatan.

            berkenaan isu bakar Gereja, bagi umat Islam, sememangnya perbuatan yg haram. Justeru, tidak adil untuk mempertanggungjawabkan Islam dalam isu ini. Islam pun tidak akan melindungi org2 yg melakukanny. Samalah kiranya apabila masjid2 di USA dan Palestin dibakar dan diletupkan bbrp lama dahulu. Adakah adil menyalahkan Kristian dan Yahudi? Tidak bukan? Secara jujur, saya pun merasakan ada ‘tangan’ dari luar yg cuba memporak-perandakan kita. Justeru, kita selaku rakyat yg telah lama hidup aman damai di Malaysia harus bersatu padu dlm hal ni. Kita tunggulah keputusan siasatan itu nanti. Apapun, jgn biarkan kekecohan yg berlaku mhancurkan Malaysia yg kecil ni

            TQ =D

    • @Colin Wong,sekadar menambah..Tuhan telah turunkan agama pada manusia yg terdahulu..Antaranya agama Yahudi. Agama yahudi ni dibawa oleh Nabi Musa a.s (dlm bible klau x slah sy dipanggil sbgai Mooses). Bersama Nabi Daud ada kitab Taurat (skrg pun nmenye msih taurat)…nabi Daud membawa agama yang menyembah Allah SWT…dipendekkan cerita, apabila baginda wafat(meninggal dunia)..maka, para ahli agama Yahudi telah menukar isi kandungan Taurat-sehingga ada kitab baru yg digelar Telmud. Lama lps tu, Allah telah lahirkan nabi Isa a.s(org kristian gelar Jesus)..Nabi Isa a.s telah dilahirkan tnpa bapa oleh Mariam (org kristian pggl Mary). Nabi Isa a.s membawa agama Nasrani(kristian) kpd org Israel. Tapi, berlaku suatu kejadian di waktu itu sehingga baginda hampir dibunuh. Klau mgikut Bible (Injil),Nabi Isa @ Jesus telah disalib. Tapi, menurut Allah SWT, Nabi Isa tidak dibunuh. Bahkan, yg dibunuh ialah pengikut dia (muka dia diubh mnjadi spt nabi Isa) yg khianat pd Nabi Isa (sy x ingat nme dia).Nabi Isa yg sbnr telah diangkt ke langit dn akn turun kmbali pd akhir zaman.

      Setelah 600thn kmudian, barulah dtg agama Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Utk pgtahuan saudara Collin, org yg mula2 dpt taw psal Nabi Muhammmad ialah seorg paderi bernama Buhara dlm perjalanan Nabi ke Syam (eithiophia). Byk sgkut paut baginda dgn org pd zaman baginda yg beragama yahudi dan nasrani(kristian).

      Apa yg saya nak jelaskan disini ialah, agama saya dan agama anda mengajak kpd menyembah Allah SWT, tuhan yg satu…walaupun kitab yg kita gnekan berbeza, jika diperhatikan, byk persamaan di dlmnye. Cumenye, kitab Bible(Injil) dan taurat telah diselewengkan oleh para pendeta agama masing2 pd zaman dahulu..Apabila Nabi Musa telah wafat,ahli agama pada waktu itu telah menafsirkan kitab Taurat mengikut nafsu mereka. Cth, ada hukuman utk berzina dlm kitab Taurat ialah rejam (dibaling batu) sampai mati.Tapi, mereka telah ubah hukum ini kpd hukaman lain-pristiwa ini berlaku semasa Nabi Muhammad SAW msih hdup.

      Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad..masing2 membawa utusan Allah swt. Cuma..apabila nabi Isa dtg kpd org israel, syariat (peraturan dan hukum ahkam) agama yahudi telah dimansuhkan oleh Allah SWT dan mereka perlu beriman dgn dgn Nabi Isa. Tapi,mereka engkar dan terus beramal dgn agama Yahudi. Bgitu juga apabila agama Islam dtg. Agama Yahudi dan Nasrani dimansuhkan oleh Allah SWT dan pengikut agama yahudi dan nasrani hendaklah mengikut agama Islam.

      • @Colin Wong,
        Pada pndapat sy sndri, x salah org kristian @ yahudi menggunakan nma Allah SWT sbb memang tuhan yg org kristian (dan jgak org yahudi) sembah ialah Allah. Permasalahannya ialah, mengapa org kristian bru skrg (mksud sy di M’sia) nak gne nma Allah?Knp di Amerika atau di negara barat lain x nk gne nma Allah? Knp baru skrg dn di sini? Apa tujuan timbulnye isu ni? Sy tahu sudah ada Bible versi BM. ada stu kisah dimana shbt nbi, Umar ra ingin mmbce injil utk membuktikan penyelewengan dlm kitab itu. Tapi, Nabi Muhammad melarang beliau. Ats kisah ini jga, org2 Islam tidak boleh membaca Bible-kecuali mereka2 yg btul2 mahir atau bljar agama.

        Tntg pmbakaran gereja plak, sy sndri klau bleh nk tgkap penjenayah ni..Sbgai org Islam,kmi TIDAK BOLEH LGSG kcau rumah ibadat agama lain.(Walaupun org2 amerika dgn biadapnye menghina rumah ibadat kmi di Iraq dn ngara Islam lain).

        Nabi Saw ada berkata bahawa tidak masuk syurga org yg mmbnuh org kafir (zimmi) tnpa sbb. Org Islam sndri jika berlaku tidak adil pd org bkn Islam pun akan dihukum. Sy cme berharap,anda tidak menghukum smua org Islam jhat hnya krn segelintir yg bermasalah.Sekian

      • @Colin Wong,

        ini bukan isu Indonesia atau Arab benarkan penggunaan Allah. Masalahnya, dalam bahasa Arab, God bermaksud Allah tetapi bahasa Melayu God maksud dia Tuhan. Kenapa x boleh guna Tuhan saja? Kenapa nk kacau ‘Allah’? Walaupun komen anda agak kontroversial tetapi saya faham anda hanya inginkan perpaduan antara Islam-Bukan Islam. Tetapi, kalau Bukan Islam strikes first, we have all rights to strike back or negotiate a truce if they can come with an understanding not to interfere with our terms.

    • @Dr House, aren’t you? Do you realize that the Key Player never notice the ‘KEY’. We (the lab rat) are escaping silently through out the day…wait for my appearance!

  2. Kalau org Islam yg buat, ini hanye menunjukkan kejahilan kita tentangIslam sendiri..Islam is a PEACEFUL RELIGION.Allah melarang kita bergaduh dengan penganut agama lain..lihat surah al Ankabut ayt 46..kalau bukan org Islam buat…boleh saja di sabotaj..be wise…dont be emotional guys…please! For Allah’s sake..

    • @denaihati,

      i have strong feeling that, this is the work Illuminati and the Freemason. The same group which create ‘religious bloodbath’in Ambon and other moslem countries. and the same group who create 9/11.

      And do you know that, Singapore is the HQ for Freemason in South East Asia and making the 1st Masonic State in this region?
      .-= Otak Biru´s last blog ..CONGRATULATIONS, McCURRY! =-.

  3. Sebab itu pemimpin perlu ada ilmu agama supaya masalah antara agama dapat diselesaikan dengan bijak. Berkenaan insiden gereja dibakar, kalau kejadian ini didalangi oleh orang Islam, ini bukan cara kita. Kita ada akal. Gunakan akal untuk bertindak.
    .-= Fahmishah´s last blog ..Kalimah Suci Tertinggi Islam =-.

    • @Fahmishah, bukan gunakan akal. gunakan landasan yang tepat dengan Islam. Mungkin sebab justifikasi kurang tepat akallah kejadian tersebut terjadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge