Bumbung KB Mall Runtuh?

Salam sejahtera buat semua.

Lewat jam 6 petang, saya menerima berita mengejutkan di twitter. Rujuk gambar di bawah.

Bumbung KB Mall Runtuh

Buat masa ni, masih menunggu kejadian sebenar yang berlaku di KB Mall. Gambar dan video di bawah antara yang terawal di muat naik. [melalui Twitter]

KB Mall sesak

Simpang empat di depan KB Mall sesak teruk

KB Mall sesak

Orang ramai berkumpul di luar KB Mall

***

beliamuda: lagi kemaskini akan menyusul…

Kemaskini 7:30 Petang

Setakat ni dilaporkan kereta yang terjatuh ke dalam KB Mall adalah kerana kesilapan pemandu mengundurkan kenderaan. Hanya satu kereta terjatuh. Maknanya, bukan bumbung KB Mall yang runtuh. Setakat ni dikatakan seorang meninggal dan tiga lagi cedera. Selanjutnya akan menyusul kemudian.

Bumbung KB Mall pecah

Bahagian yang pecah akibat dilanggar kereta tersebut [gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

Kereta tersebut yang terjatuh ke dalam KB Mall [Gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

[Gambar asal]

beliamuda: nombot plat kereta tersebut, BCL 3210. No komen.

Sumber lain: ntvirus, Azah, NixkGeekier, MuzzafarSalleh, Bonsai Photo Studio, Blogspot KB Mall Runtuh,

Kemaskini 9:45 Malam

Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

  • Sumber daripada TV3:

Kejadian berlaku pada hari ni (06/12/09) Jam 4.45 ptg di mana sebuah kereta rosak dan di tolak dengan bantuan orang ramai sehingga merempuh bangunan di area parking tersebut dan terjatuh dari tingkat 3 ke kawsasan escalator tingkat bawah berhadapan dgn Levi’s store dan Watson.

  • Sumber yang tidak dapat dikesan (sebahagian sahaja):

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

MANAKALA RASHIDAH CEDERA PARAH,DAN MASIH BERADA DI UNIT RAWATAN RAPI,I-C-U, HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB DUA KOTA BHARU.

beliamuda: mana satu yang benar? entahla. yang penting, kita sedekahkan al-Fatihah kepada si mati.

Comments

88 responses to “Bumbung KB Mall Runtuh?”

  1. aman Avatar

    dasat giler…kete ape tue yerk? huhu~
    .-= aman´s last blog ..CatchEye – Masih Tiada Sebarang Perkembangan? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aman, kete Mazda~

  2. zaryl Avatar

    fuh! ranap kereta tu.
    siap ada nombor pendaftaran lagi.. haha
    amik jgn tak amik 😛
    .-= zaryl´s last blog ..Nostalgia, Angan-angan & Kelangsungan Hidup =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zaryl, nak wat tikam ke? 😛

  3. sayang2kita Avatar

    MasyaALLAH…macam2 bencana yang x pernah kita terpikir pon boleh berlaku…ketentuan ALLAH…dahsyat tu…

  4. penaberkala Avatar

    kat mana2 pun blh mati kan?
    kat eskelator pun blh
    tak susah pun kan,ish3
    al-fatihah utk arwah

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, yup~

  5. Qlate Avatar
    Qlate

    emmm dasyt tol keta 2… keta apa erk… nasib baik tak g kb mall rnini

    1. beliamuda Avatar

      @Qlate, kete mazda…

  6. The_VerSION Avatar

    Giler~ ramai org and Jalan terus JAM!! semua org dari luar kat CROSSROAD woossh ramai!!

    1. beliamuda Avatar

      @The_VerSION, tu la.. dah la jalan tu mmg selalu jam pun.. makin teruk plak…

  7. syinrayafa Avatar

    tu kat tmpt parking ke apa tu…? mcm dh tmpt atas skali je… kereta blh naik ke sampai atas tu ehh…? ke nk buat exploitasi pada mula2nya…? last2 terima bala…
    .-= syinrayafa´s last blog ..Contest JerungPerkasa.Com : 10 Hosting Percuma Untuk Anda!! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @syinrayafa, yup. tempat parking atas. ada dua tempat parking utama kat kb mall, underground and roof…

      cerita lanjut boleh semak di blog ni semula… (kemaskini)

      1. ore kelate Avatar
        ore kelate

        @beliamuda, ni la……….. sapa nak dipersalahkan. masing-masing kena beringat baru dunia selamat. tengok berita cam ni takut pulak nak parking kat tingkat atas..

        1. beliamuda Avatar

          @ore kelate, kat mana-mana pun ajal boleh menjemput… dah sampai masa…

  8. anonymous Avatar
    anonymous

    syinrayafa, tmpat atas skali tu mmg blh parking. bkn basement je. ko xtau ke? koman tul!

    1. beliamuda Avatar

      @anonymous, dia bukan orang kelantan.. harap maklum…

  9. Fathiha Zainal Avatar

    OMG! Smpai tembus dinding!! Nk kata kete kebal, kete satria je ek? Dasat tul.. Huhu!

    1. beliamuda Avatar

      @Fathiha Zainal, kete mazda…

      entah cmne leh pecah dinding tu.. mungkin dinding pun tak tebal mana…

  10. nik harmie Avatar
    nik harmie

    aku pegi kb mall hari khamis lepas 3 hari yang lalu. kontraktor yang buat kb mall ni memang teruk.. air bertakung di parking atas bila hujan… camana dia buat simen sampai kereta boleh tembus dan jatuh ke bawah… rasuah….

    1. beliamuda Avatar

      @nik harmie, itu yang kita tak tau~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge