(Inteam) Kasihku Abadi

Salam sejahtera buat semua.

melodi-d-hujung-minggu

Minggu ni, kita dengar lagu nasyid pulak. Dah lama tak dengar lagu ni. Beberapa hari lepas, terpasang lagu ni kat laptop. Teringat pulak zaman-zaman masa di sekolah menengah. Sinonim la lagu nasyid macam ni dengan zaman persekolahan dulu.

Kasihku Abadi oleh Inteam merupakan salah satu lagu dalam album keempat mereka, In-Team’04. Sebenarnya, konfius juga dengan ejaan nama kumpulan ni. Inteam atau In-Team? Kalau tengok kat album lama, In-Team. Di album terbaru, Inteam. Jadi, aku ambil yang terbaru tu la.

***

***

Inteam – Kasihku Abadi

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh…

beliamuda: dipetik daripada seorang rakan, “bila bicara soal hati dan perasaan, biar masa yang menentukan”.

19 thoughts on “(Inteam) Kasihku Abadi

  1. padan la rasa nk menjenguk ke sini..
    ada org sebut2 nama siap amek quote lagi..hehe

    ada beza In-Team and Inteam
    in-team waktu masih ada 4 org members (i.e suhaimi tak keluar lg)..time ni masih bernaung bawah hijjaz records. album last In-Team ’04 ni lah.

    inteam starts bila suhaimi dh keluar..and inteam dh berdiri sendiri under inteam records..album first inteam yg ada lagu “Segenggam Tabah”, “Pemergianmu” to name a few. then album Nur Insani dan seterusnya album Allahu Rabbi.

    ni sebenarnya sekadar pemerhatian sendiri sahaja. takde fakta sgt pun utk support.

    • @faris, oh.. inilah sindrom yang dimaksudkan tu.. baru aku paham.. haha.. patut rujuk entri sebelum ni.. Pemuda pemudi tu.. baca komen2 kat situ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge