Salam sjeahtera buat semua.
[sumber asal gambar tidak dapat dikesan]
Selesai sudah 4/5 final exam untuk semester ini. Tempoh bertenang yang diberikan selama lebih kurang seminggu ini akan diisi dengan pelbagai perkara untuk mengisi kebosanan disamping studi Process Instrumentation. Esok, ada ChemE Premier League (CPL) untuk futsal. Aku tak join, namun akan menjadi penyokong setia pasukan yang menang…
Sedikit tulisan ringkas buat pembaca, satu perkongsian untuk dibaca. Bukan penjelasan yang dicari, tapi hal yang mahu diberitahu. Kalau ada yang memahami, tulisan ini hanyalah daripada seseorang yang mempunyai perasaan. Kalau ada tafsiran nakal daripada rakan-rakan pembaca, komen anda dialu-alukan.
Bicaraku Buatmu
Dalam perjalanan langkah seribu,
aku melangkah meniti hari,
tiada beriringan dengan teman,
keseorangan jua ku bawa diri.
Dalam langkah aku lesu,
dirasa longlai membawa diri,
lemah semangat yang aku rasa,
tiada siapa dapat memahami.
Dalam hati adanya perasaan,
ada rindu yang berputik,
kubiarkan subur disirami cinta,
mengharapkannya mekar di suatu hari.
Dalam rindu ada sebak,
yang jauh itu punca,
ku harap masanya kan tiba jua,
ketemu semula di lain masa.
Dalam kata ada bicara,
seribu makna yang terselit,
bukan itu yang kau lihat,
tapi jelas tiada kau cari.
Dalam salah yang terbuat,
itu khilaf seorang manusia,
bukan aku makhluk sempurna,
kemaafan jua yang aku pohon.
7:35PM 16-NOVERMBER-2009
beliamuda: [1] Buat insan yang memahami, aku sudah tiada kata untuk diungkap. Lidah sudah kelu mahu bicara. Otak sudah penat untuk memikirkan. Terima kasih buat yang menasihati dan memahami. Tanpa kalian, dirasakan aku betul-betul meniti cabaran ini berseorangan. [2] Tahniah buat Mama yang konvo semalam. Sedih sebab tak dapat ada sekali masa konvo tu… T_T [3] Salam hari lahir yang ke-20 buat sahabatku, Muhd Irsyaduddin Zakwan bin Nor Saeran. Inilah janji yang terpaksa aku mungkiri… 😛
Pingback: (Fotograf) Luka Seribu Rindu – Bicaraku Buatmu | beliamuda {dot} com