Habis sudah test 1

Salam sejahtera buat semua.

Image056.jpg

Akhirnya, setelah dua minggu yang sibuk, terutama minggu ni sebab ada tiga test pada hari yang berturutan. Diingatkan di sini, walaupun ada test, kelas masih berjalan seperti biasa, asemen ada je yang kena buat dan lab pula memang  lama. Ada test yang diadakan sejam selepas kelas terakhir dan ada juga test yang diadakan lewat petang (habis sekitar pukul 6 petang).

Entri ini sekadar kemas kini ringkas tentang perkara yang berlaku sepanjang minggu ni. Entri baru akan menyusul mungkin petang ni atau malamnya. Tengok keadaan la. Nak kuar gi merayap ke Ipoh dengan kawan-kawan jap lagi.

090909

Hari Rabu lepas, susunan nombor menarik ni muncul dalam kalendar. Paling menarik pada tepat pukul 09:09:09. Aku tak sempat nak tulis mengenai peristiwa ni, tak macam 123456789 tu. Ramai juga blogger yang masukkan entri pasal angka menarik ni kan.

Pada masa tersebut, aku sedang kebosanan di dalam kelas Separation Process II. Tapi kan, ni la subjek paling mencabar sem ni. Paling susah dan paling banyak jam kredit (sama banyak dengan Reaction Engineering). Bosan dalam kelas ni pun sebab aku juga (tak  nak salahkan Dr Saikat). Nasib baik tak tidur kan.

Hari ni jugaklah ada test Reaction Engineering. Boleh tahan jugaklah soalannya. Cuma agak keletihan masa menjawab sebab malam sebelum dah tidur tiga jam je, lepas tu ada kelas daripada pukul 8 sampailah pukul 2. Pukul 3 terus ambil test ni.

Benda menarik pada hari itu ialah <ai ai>. No komen. Cuma gurauan dengan rakan je.

Sepro oh Sepro

Alhamdulillah, test Process Instrumentation berjalan dengan baik. Cuma hampir beku duduk dalam bilik tu. Kena pula bawah air-cond. Nasib baik tangan tak berhenti menulis je.

Namun, keadaan tidak sama untuk test Separation Process. Dengan banyak benda yang aku terlepas dalam kelas, tak terkejar nak ulang kaji semua. Hanya tumpu pada tajuk-tajuk tertentu dan pemahaman di tahap asas sahaja.

Rasa cam tempang gak la masa menjawab. Soalan tu sebenarnya memang senang. Psiko gak la tengok kawan-kawan boleh jawab pastu keluar awal. Redha je la kan. Pengajaran daripada test ni, rajin-rajin la buat sendiri asemen. Konfem leh jawab. Ni asyik kopipes je kan.

Satu lagi, aku tak puas hati betul la dengan keadaan gelanggang bola keranjang kat Uni aku. Ada lima semuanya. Tapi, dua memang dah tak leh guna + jauh daripada Village aku. Yang dekat pulak kena rampas oleh budak-budak futsal. Agak-agak la nak main pon. Tak leh nak tolak ansur ke? Kami dapat guna separuh gelanggang (bukan 2 setengah, tapi betul-betul setengah) je daripada lima yang wujud. Sedih tol!

beliamuda: semalam baru aku perasan yang dah lama aku tak keluar merayap malam-malam kat sekitar kawasan kampus. Selalu terperap dalam blik je. Kalau ada tugasan kumpulan pon, guna Gtalk je. Rindu zaman muda dan nakal dulu-dulu… (macam dah tua sangat dah :P)

20 thoughts on “Habis sudah test 1

    • @E, mmg dah bese duk lam bilik je kalau takde pape.. selalu kuar untuk gi makan, main, kelas ataupun masjid je.. (dating tak termasuk dalam agenda.. hehe~)

    • @penaberkala, boring pun boring gop.. ade asemen n lab report yang kena siapkan.. aku pun dah tak sabar nak kelik nih.. beberapa hari je lagi.. sure masa cepat berlalu dalam kesibukan kita di sini..

  1. Duduk terperap dalam bilik lebih baik pada melilau dekat luar. Bak kata org sini, kalah anak dara. Padahal susah dah nak jumpa anak dara yang suka berkurung dalam rumah zaman sekarang..

    • @princess, tak tahu nak shopping apa.. kuar gi ipoh tdi pon sebab nak ikut kawan2 jek.. dak2 ni la yang beli sakan.. saje lupakan akademik buat sementara waktu untuk rilek2 kan diri.. sekali terjejak kasih la pulak kat IP tdi.. jumpa kawan lama.. lagipun, first time jejak kaki kat IP.. huhu~

    • @Wan Pai, tu ah.. sekali ngan ring kat court basket tu pun macam haram je.. cepat sangat rosak. Tak boleh ke pasang yang elok sikit? Alasan yg diberi, student main kasar sangat.. adoi.. dah bola memang baling ke situ, paham2 je la.. lain la kalau bola tu baling ke dinding batu!

      lama doh dop tengok mung turun main pa.. bile la dapat main ngan mung ni..

      ~~kalau boleh, cuba reply kat komen box di blog aku.. mung selalu je reply melalui emel. Sampainya di emel aku la.. huhu..

  2. abis test memang best! pasni pesta cari malam 1000 bulan. 090909 dah terlepas, next, tunggu 20092009! kalau dalam kalendar hijri, tarikh tu 01101430! hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge