Perkongsian di hari Jumaat

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perkara yang berlaku di sekitar saya pada hari ini. Saja perkongsian suka-suka dan santai. Ayat kasi sopan sikit la kali ni. Bagaimana dengan hari Jumaat anda?

Hari ini, saya telah mempelajari sesuatu yang baru di kelas tutorial Reaction Engineering. Ada sesuatu di dalam soalan tutorial yang nyata menarik perhatian saya. Lagipun, ia sesuatu yang boleh diagak daripada seorang pensyarah yang menyatakan objektif utama subjek kami ialah ‘to have fun”.

Walaupun soalan itu tidak sempat dibincang kerana ia merupakan soalan terakhir dan kesuntukan masa, sempat juga saya dibacakan oleh seorang rakan tentang pernyataan menarik dalam soalan itu. Pernyataan menarik itu berkaitan dengan reaction engineering dari segi reaction rate.

Jadi, aku dengan sendirinya, mengubah pernyataan asal itu menjadi seperti ini…

Main Men metabolism are LIVING, LOVING and LAUGHING

Tengok, betapa sweetnya kaum lelaki… gaga..

Solat Jumaat

Ada beberapa kawan yang telah dikuarantin dan tidak dibenarkan untuk pergi ke khalayak ramai. Ketika membincangkan hal ini, kawan saya mengajukan tentang kewajipan mereka untuk menunaikan solat Jumaat.

Secara berjenaka, saya menyatakan lelaki yang tidak ke masjid untuk solat Jumaat boleh diragui kelelakiannya. Ahaks! Tapi, atas sebab-sebab tertentu la kan.

Kemudian, dia terus menyatakan kemalasannya untuk ke masjid setelah saya menyatakan beberapa perkara berkaitan solat Jumaat. Logiknya, saya ada hak untuk meragui kelelakiannya sebab dia menyatakan kemalasannya. Berjaya juga gurauan ini untuk memberi dia semangat untuk ke masjid. Huhu.. (^_~)v

Study Week

Image056.jpg

Semalam kami pelajar UTP dikejutkan dengan berita pembatalan study week sebagai ganti kepada cuti H1N1. Tentu anda boleh bayangkan bagaimana reaksi pelajar macam kami ni kan?

Terkejut juga dengan tindakan mendadak dengan pihak pengurusan ni. Namun, pihak MPPUTP dikatakan akan berusaha untuk berbincang dan berunding dengan pihak pengurusan. Banyak juga komen dan respon dalam blog MPPUTP yang selama ni senyap sunyi… Hehe…

Apa-apa pun, kami di pihak ChemE Jan07 telah merancang untuk mengadakan kelas gantian lebih awal di setiap minggu sehingga sebelum tibanya study week. Bernas juga idea ni. Cuma, ia memerlukan pengorbanan di pihak pelajar dan juga pensyarah. Segala keputusan nanti, diharap ia adalah yang terbaik.

Convo Fair 09

pesta convo fair

Walaupun banyak aral melintang, Pesta Convo Fair 2009 (betul ke struktur ayat ni dak2 convo oi?), bermula hari ini. Tapak pesta tu beberapa meter je daripada bilik saya. Memang boleh dengar gegak gempita di sana. Tambahan pula pentas utama tu berada paling dekat dengan bangunan asrama.

Khutbah Jumaat hari ni juga menyentuh tentang ilmu dan kejayaan sempena majlis konvokesyen UTP yang kesembilan. Selamat bergraduasi kepada semua pelajar.

Tahun ini, artis yang dijemput untuk menggegarkan pentas utama tapak konvo ialah Amy Search (malam kedua) dan Aizat AF(malam terakhir). Malam ni perasmian kot. Jangan marah ek saya tak tahu pasal aktiviti konvo tahun ni. Kurang publisiti la…

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Tidak lupa juga gambar Google Doodle untuk hari ni.

orsted09

beliamuda: saya berada dalam “pause mode” sekarang. Kawan yang saya ragui kelelakiannya tu jangan memandai nak buat spekulasi sendiri…

11 thoughts on “Perkongsian di hari Jumaat

  1. Sebenarnya masih wajib pergi solat Jumaat tapi dengan keyakinan 100% bahawa segalanya dengan izin Allah…ketika ijtimak ulama di Nilai pertemuan 200,000 manusia dari 49 negara tidak ada satu pun menularan wabak selsema Babi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge