Demam lagi nih

Salam sejahtera buat semua.

demam

Dah tiga hari tidak ada entri baru kat sini. Bukan takde benda yang nak ditulis, tapi tuan tanah pulak yang sakit. Masa konsert Amy Search malam Sabtu lepas, aku dah mula batuk-batuk. Agak kerap jugak la.

Bila bangun keesokan harinya, suhu badan dah naik dan batuk pun dah makin kuat. Pagi tu, memang bantai tidur je la. Sekali ngan rumet pun sakit. Tapi, tengah hari tu boleh pulak aku gi merayap ke tapak konvo cari makan. Sekadar gi beli makanan je.

Lepas je makan tu, aku terus tidur balik. Petang tu makin berat pulak demamnya. Kepala pun dah berdenyut semacam. Kena pula stok panadol yang aku ada nak abeh. Nasib baik ada kawan yang sudi menolong untuk membelikan panadol tuh. Aku memang dah tak larat nak jalan dah masa tu. Nasib baik aku dah beli burger masa tengah hari tuh.

Hari Isnin tu, semua kelas aku tak pergi. Melepas satu kuiz. Takpelah, melepas satu untuk ambil benda lain pada hari Selasa tu. Nasib baik semalam dah semakin sihat. Bolehlah aku ke lab. Nasib baik lab simulasi jek.

Tapi, petang semalam, sakit kepala datang balik + suhu badan naik balik. Jadi, aku terpaksa ponteng kelas ganti pada malam tu. Dua jam lak tu.

Sejak aku sakit nih, macam-macam lak aku mengidam nak makan. Semalam mengidam nak makan mee bandung. Suruh rumet beli, tapi tak dapat sebab ramai sangat orang. Jadi, aku gagahkan diri untuk pergi beli sendiri.

Lepas dah beli tuh, dah terhidang pun kat depan muka, tiba-tiba lak takde selera nak makan. Adoi.. Pehal la pulak ni? Last2, aku melantak je la sampai habis semangkuk mee bandung tuh. Dua jam baru habis kot.

Sekarang ni pulak rasa nak makan chicken chop. Aish.. Kan bila beli, takde selera lak. Mulut ni pun rasa tak sedap semacam jek. Bila baca status Zura kat gtalk tadi, rasa cam nak makan siakap stim lak. Adoi.. Irda, nak rasa siakap tu leh? Haha.. Siot tul la..

Dah demam nih, banyak la kerja bertimbung. Ada kuiz hari Jumaat nih. Pastu sekarang ni nak kena siapkan laporan eksperimen minggu lepas yang mana aku hilang sepanjang separuh masa eksperimen. Kena pulak aku buat bahagian result and calculation. Data dah la berterabur. Kalau aku sendiri yang catat, memang senang la aku nak trace balik. Pening-pening. Ni pun sakit kepala lagi.

Setakat ni dulu la. Banyak lagi benda nak wat ni. Dah la termiss lunch tadi. Lapar sangat neh.

beliamuda: jangan disuruh aku ke klinik. Maunya kena kuarantin kat pinggir tasik UTP nuh a.k.a Duyung.

30 thoughts on “Demam lagi nih

  1. alahai demam yek keciannya,adakah rupa ko demam mcm katun tu?wakaka2 kalo kao x selera nak makan cuba kena tomyam pedas panas2.mungkin selera ko akan neutral balik.k selamat berpose dan pergi terawikh jgn lupe..
    .-= e´s last blog ..kenapa e? =-.

    • @e, selera dah ada, tapi ada ulcer lak kat dalam tekak aku.. seksanya nak telan makanan.. kalau kena pulak ngan tomyam pedas, menangis terus kat situ.. haha

  2. Wah mengidam macam-macam yer? Makan Fish and Chip tak? ke best chicken shop lagi? Gambar atas tu kalau dapat masa berbuka gerenti best.. nyam3..

  3. Pingback: Merasai kembali nikmat sihat, ceria seperti dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge