Aku yang semakin sibuk

Salam sejahtera buat semua.

Image056

Kali ini aku menulis entri peribadi pulak. Aku tulis benda-benda pelik kat sini, rumet aku pulak kata takde mood dia nak baca. Aishh… (^_~).

Jadi, sempena meraikan dia dan aku yang rasa nak menulis entri peribadi, jadi aku tulis je la kan. Kalau minggu lepas aku cuti seminggu sebab ada orang bersin keluar virus H1N1, minggu ni UTP dah beroperasi balik.

Aku tiba di UTP pada hari Sabtu, sekitar pukul 4 bersama sepupu aku. Tempat pertama yang mesti pergi ialah Main Hall sebab ada screening test untuk H1N1. Aku melangkah masuk je la dengan selamba masa tu. Orang pun tak ramai. Sepupu aku elok je lepas masa ujian tu.

Bila sampai giliran aku, suhu pertama yang dicatat – 37.5 celcius. Katanya dah tinggi. Ambil bacaan kedua. Orang tu kata suhu makin naik. Aish.. Aku dah risau dah masa tu. Kan tak pasal-pasal kena kuarantin. Aku cakap la yang aku baru sampai.

Jadi, orang tu suruh aku duduk dulu di kawasan isolasi. Lepak kat situ dengan geng-geng yang juga turut ditahan sementara menunggu untuk dipanggil semula. Ada la dua tiga orang yang kena tahan masa tu.

Lepas tu, orang tu panggil balik dan Alhamdulillah, suhu dah turun ke 37.3 dan dapat kad pengesahan lulus ujian H1N1. Barulah aku beredar ke bilik dengan letihnya…

Dua hari kemudian, setelah dinner, tubuh aku tiba-tiba rasa sangat letih + rasa panas sikit. Jadi, malam tu aku tidur awal meninggalkan asemen yang perlu dibuat. Bangun esoknya, tubuh masih panas. Aku ambil panadol dua biji. Rupa-rupanya dah nak habis bekalan panadol aku. Kalau gi klinik sah-sah dia suruh kuarantin.

Alhamdulillah, aku makin sihat keesokannya (semalam la tu). Tapi, aku terkejut sangat semalam. Terkejut sebab empat orang rakan satu jurusan mesej aku di Gtalk. Semua tanya pasal asemen. Setiap orang tanya pasal asemen berbeza. Yang mana setiap satu tu aku langsung tak siap. Stress giler kot.

Rasanya salah seorang yang bertanya semalam sudah salah faham. Stress. Itu memang. Tapi, aku tidak salahkan mereka-mereka yang bertanya. Sebaliknya, aku sangat hargai. Aku cuma salahkan diri aku yang menangguh dalam melaksanakan sesuatu urusan. Dengan pertanyaan mereka itulah aku dapat melakukan urusan aku dengan lebih pantas. Tambahan, aku jenis yang bekerja lebih pantas dibawah tekanan.

Dan Alhamdulillah sekali lagi setelah dimulakan dengan bismillah, aku berjaya menyiapkan asemen yang perlu dihantar segera. Bukan tiru orang ek. Buat sendiri! Nasib baik juga sebab empat daripada pensyarah aku tiada sepanjang minggu ini sebab pergi conference nun jauh di Malaysia Timur.

WP 2.8.4 dan Google Doodle Hari ini

Hari ini, WordPress 2.8.4 telah dilepaskan. Versi kali ini membetulkan masalah reset password yang dilakukan oleh pengguna tidak bertauliah. Agak annoy juga bila selalu password WP tu kena reset dek manusia mangkuk hayun.

perseids09

Hari ini juga ada satu Google Doodle iaitu The Perseids. Korang tengok je la gambar tuh.

beliamuda: serius memang makin sibuk. Asemen dan lab report memang pasti ada setiap minggu. Bukan satu, tapi lima asemen + 2 lab report.

15 thoughts on “Aku yang semakin sibuk

  1. ecece…salahkan aku pulak..haha… aku malas nak komen coz ko punya kena isi itu la..ini la…hahah.. aku baca je…

    oit rumate, seru seru la aku study..jangn dean list sorang2.. ustaz cakap…”xkan nak msuk syurga sorang2..ajak2 la kawan”
    .-= terry bogart´s last blog ..Kak Nur bertunang…weee =-.

    • @terry bogart, ces.. meh aku jawab gaya petualang..

      biasanya geng wordpress jarang komen geng blogspot sebab mesti dia nya komen tu auto jdi akaun blogger… nanti la aku wat penjelasan panjang lebar.. bila aku pun dah mula berpetualang… (apa maksudnya tuh? rujuk kamus n tanya saudara topo)

      siot tul… aku dah tergelincir kot… harap sama kawan jek tarik aku balik.. jejom!

    • @azizan4444, ada dua sebab aku malas nak tulis entri personal; boleh jadi kes salah faham cam entri neh + jarang orang len nak baca (klu bukan kawan rapat)..

      tapi, ni kan blog personal, memang takleh nak elak la tulis.. banyak lagi kena belajar cara nak menulis biar sampai maksud sebenar… (^_~)

  2. nak berterus terang ke?

    hehehe….jgn makan kat hati sudah.

    Sebelum ni datang baca saja tak komen sebab topik yg di tulis dah baca kt suratkhabar……….tak reti nak tambah2…sebab berblog secara santai.

    kalau tulis hal peribadi tetapi dengan isi yang baik..komen juga. ada pengajaran dari entri tersebut.

    kalau tulis hal peribadi terover – tak komen. Tak ada apa yg perlu di komen, itu hal peribadi..ikut suka dia lah nak diet 44 hari ke, nak pakai baju biru ke, nak dating kat Parkson ke

    contohlah….
    .-= Kujie´s last blog ..Cerita rakyat sebelum tidur =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge