Awal pagi tadi, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Terengganu telah runtuh. Hampir 70 peratus daripada strukturnya musnah. Setakat entri ini ditulis, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Namun, dilaporkan terdapat sebuah kereta kancil dan empat buah motorsikal rosak dan tertimbus.
beliamuda: ada ura-ura mengatakan sudah terdapat laporan tentang masalah dengan Stadium Sultan Mizan sebelum ini. Namun, pihak bertanggunggjawab mengambil sikap acuh tidak acuh. Sekarang dah runtuh. Ada la nanti yang kena marah dengan Sultan tu…
[gambar – MAMPAT, sumber – Utusan Malaysia]
kemaskini daripada sumber berita yang lain…
Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.
Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Terengganu mendesak Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said memberikan penjelasan segera berhubung keruntuhan bumbung utama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, kira-kira 15 kilometer dari sini yang berlaku pagi Selasa (2 Jun).
Dewan Pemuda PAS turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian, terutama sebarang kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan sepanjang pembinaan stadium tersebut.
kemaskini kedua, dengan gambar yang ditangkap sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus daripada Digital Mukmin…
thank untuk info nie
sama-sama..welcome
xdk dh la tmpt aku ber bowling
ada tempat main boling ke kat situ?
tak tahu la pulak.. ngee~~
dah tiba utk wajah baru..
hoho..
wajah baru? stadium tu baru gi kot.. membazir je..
ataupun,
ada makna tersirat? hehe~~