
Hari ini, 8 Mei 2009, genaplah umur Abah 47 tahun.Aku memang sentiasa ingat tarikh lahir Abah. Tapi, aku tetap juga setkan dalam telefon bimbit sebagai reminder. Tepat jam 12 malam, 8 Mei, telefon bimbitku berbunyi. Aku terfikir-fikir ayat yang akan diucapkan kepada Abah. Namun, perasaan segan lebih banyak menyelubungi diri aku. Bukan apa, Abah merupakan orang yang jarang sekali bercakap perkara-perkara sebegitu. Akhirnya, aku nekad juga untuk menghantar mesej kepada Abah.

Salam hari lahir yang ke 47 untuk Abah. Tok tubik makan mana-mana ke malam ni?
Satu sms dihantar. Aku tertunggu-tunggu apakah yang akan dibalas oleh Abah. Abah memang seorang yang tegas. Jarang sekali dia berjenaka dengan anaknya. Kalau ada sesuatu untuk diminta, memang kami semua akan minta melalui Mama. Cuma, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aku lihat Abah sudah jadi semakin sporting. Terutama sekali dengan adikku yang paling kecil, Syafiq. Aku masih ingat lagi ketika kecil dulu. Aku pernah memecahkan satu baldi. Mama menyuruh aku meminta maaf dengan Abah. Tapi, aku sangat takut dan membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja. Kalau fikir balik, senang sangat sebenarnya nak minta maaf.
Tidak berapa lama kemudian, aku terima sms balasan daripada Abah. Aku tersenyum girang dengan sms itu. Ayat yang cukup ringkas tapi sempoi. Aku balas mesej itu dengan hati yang sangat berbunga-bunga. Pesanan yang selalu Abah berikan banyak datang terlintas dalam kepala aku. Dan sepanjang malam ini, hati aku berasa senang dan lapang sekali.
beliamuda: tak sabar nak balik rumah… Hogar, dulce hogar~~
Leave a Reply