Di kala seluruh pelajar di Matrikulasi seluruh negara sibuk menghadapi peperiksaan akhir mereka dan tidak lama lagi akan bercuti lama sambil menuggu keputusan di rumah masing-masing, permohonan ke matrikulasi untuk sesi seterusnya telah pun lama dibuka. Keputusan permohonan juga bakal diumumkan tidak lama lagi.
Ikuti berita di bawah untuk lebih lanjut.
KUALA LUMPUR 13 April — Kementerian Pelajaran menetapkan 17 April ini sebagai tarikh semakan permohonan memasuki Program Matrikulasi oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, semakan boleh dibuat melalui laman web kementerian di http://www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan beserta angka giliran SPM.
Pemohon juga boleh menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MAT jarak nombor kad pengenalan pelajar ke talian 15888 atau menghubungi bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4100 pada hari bekerja (8.30 pagi hingga 4 petang) bagi mengetahui status permohonan. – Bernama
Secara ringkasnya, semakan permohonan akan diumumkan pada 17 April ini. Pemohon mempunyai pilihan untuk menyemak keputusan di laman web Kementerian Pelajaran ataupun melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
beliamuda: kepada dua orang adik perempuanku, Wani dan Wina di KMP, semoga dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik…
Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
salam….bile keputusan spm 2009 kluar…
@aaa, mungkin dalam bulan 3.
saya nak tanya, bila boleh semak keputusan ke matrikulasi bagi sidang 2010/2011
@alia, keputusan hanya akan keluar selepas result SPM diketahui. mungkin awal april.
bila keputusan spm nak kuar yea???
@athyqah, entahla.
bilakah keputusan spm akan keluar tahun ini??????
nak tanya…cane kalau saya x buat semakan permohonan ke matrikulasi…….adekah borang saye akn diproses….???
rsa2 nya,boleh tak klu cek kptusan spm guna sms…atau melyri internet….ja
@areon ions, macam tak boleh je.
terima kasih. blog ini banyak membantu =)
bile tarikh pengumunan spm 2009 ?
Saya nak tanya, borang permohonan Matrikulasi secara online wajib kena print?
Lagi satu waktu saya isi borang online tu saya lupa nak print sampai sekarang.
macam mana la tu?
@NurSyafikah, takde masalah. print tu untuk rujukan je.
salam???kalu saye nk tuka kos sc to akaun ley x????
@yati, untuk matrik, sudah tidak boleh.