Dua hari lepas, terdapat sedikit kesukaran untuk menghantar mesej menggunakan Hotlink. Asyik-asyik “message not send“, lalu tersangkut la dalam outbox. Kena cuba dua tiga kali jugak la.
Semalam, semasa sedang asyik melayari Internet, aku dikejutkan dengan bunyi SMS di telefon. Oh, mesej daripada Hotlink rupanya.
“Apa la yang Hotlink nak spam kali ni?” aku bergumam sendiri…
Mesej pertama…
Hi Hotlink Zone User: GOOD NEWS! U R now in the NEW Hotlink Youth Club specially for students! Enjoy the LOWEST call rate @12 sen/min nationwide & 1sen SMS
Mesej kedua… (bad news!!)
Kindly note that the existing Hotlink Zone service will be terminated effective 25/5/09 & replaced with Hotlink Youth Club. Visit hotlink.com.my for info
Mula-mula terkejut juga. Pelan apa pulak la yang Hotlink perkenalkan ni. Dulu, sebelum Hotlink Zone, ada Campus Zone. Masa dia berhentikan Campus Zone tu, kena aktifkan sendiri Hotlink Zone. Bukan automatik. Terus aku cari maklumat pasal ini. Macam menarik pelan ni. Rujuk gambar di bawah untuk kadar caj yang dikenakan.
Kadar yang dikenakan nyata lebih menarik daripada kadar untuk Campus Zone. Campus Zone tidak efektif untuk kawasan di luar kampus. Namun untuk Hotlink Youth Cub, ia efektif semasa berada di dalam kampus dan juga di luar kampus. Pelan ini semestinya untuk menyaingi U.O.X daripada Celcom dan juga D’Campus daripada DiGi.
Aku pun tertanya-tanya juga, bilalah Hotlink nak lawan balik pelan daripada Celcom dan DiGi yang sememangnya telah banyak menarik pelajar-pelajar Universiti. Akhirnya, nah keluarlah Hotlink Youth Club.
Tidak lama kemudian, mesej ketiga sampai…
Hotlink Youth Club allows you to enjoy 4 years validity! Just ensire a minimum topup of RM10 per year. It’s that simple!
Ini memang yang paling menarik bagi mereka yang menggunakan lebih daripada satu nombor (namun agak tak disukai oleh penjual topup, seperti aku.. :p). Apabila aku semak baki kredit aku… inilah yang keluar…
Baki: ##.##. Tarikh Luput: 02.04.2013.
Yeah!!, tak perlu lagi nak suruh adik aku share kredit semata-mata aku nak tambah tarikh luput… Huhu~~
Untuk info yang lebih lanjut, sila ke laman Hotlink Youth Club.
beliamuda: nasib baik Hotlink tak hantar mesej pembatalan Campus Zone tu dulu.. mana la tahu dia nak buat dajal masa April Fool…
ee tiru celcom !
tp tarikh luput sy 2015…lg lme..hee~
haha… tarikh luput yang satu lagi pun 2015 jugak..
sekarang semua men lumbe2 sape yang lebih murah…hahaha
lebih bagus macam tu… pengguna yang untung.. jangan jadi macam ISP. Takde saingan, maka internet macam haram je…
mcm mane nk aktifkan plan ni..cm best jek
entahla.. saya pun tak pasti.. nombor saya aktif auto sebab saya memang telah menggunakan Campus Zone sebelum ini.. Kalau nak tahu, boleh pergi ke Roadshow Hotlink di Uni dan Kolej2 yang terpilih…
kita tak perlu tukar operator untuk dapatkan call rate terendah sebebnya jika satu operator menurunkan call rate, tak lama selepas itu ada operator lain akan turunkan juga
eeeeeee!!
jlous r
gn membr2
y dh gne
youth club … =(
@froggyGurl, kalau berminat nak guna, boleh gi tanya kat center dia.. tak pun try usha web dia ke..
memang best
tak payah topup selalu..haha