Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak beberapa lama kemudian dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja. Sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta.
Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan. Tidak berapa lama kemudian, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik untuk saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.
Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan!
beliamuda: apa itu cinta? dua insan satu rasa?
cinta umpama kentut
kenapa pula?
cinta???
xda makna utk cinta..
bek lu carik pompuan,jmpa nikah trus..
cinta juz seksa jer..
hari ni indah..
sume nyer bahagia..
hari esk..
ntah aper yg jadi..
sorg setia,sorg lg x..
xda makna..
xda cinta yg jujur mlainkan perkahwinan.
+love inc.+
Aku setuju tentang perkahwinan tu. Kita bukan tak boleh bercinta sebelum kahwin sebab seksa, tapi sebab ianya memang salah dan berdosa!
cinta?… sowi arr rumate…aku no komen, coz jiwa aku kosong pasal cinta sem ni….just nak cakap…
sesetan mana pun laki….
sejahat mana pun laki…
dalam hati mesti nak isteri solehah…
wee
kalau sem ni jiwa kosong, maksudnya, sem sebelum ni memang ada la perasaan tu.. kan2??
korang suruh je mak bapak korang carikan calon,sampai 5/6 orang.pas tu kite pilih mana satu yang kite suke.ape susahnye.
walopun entri ni dah lama kan..tapi..er..hmm..entahlah. cinta tu satu perasaan yang kalau bagi orang yang bertaqwa, cinta kepada Allah melebihi cinta kepada segala-galanya..
cinta kan aneh? huk3..
@ikin, cinta atau CINTA?
@beliamuda,ada beza ke?
@ikin, ada. ditulis oleh Ustaz Hasrizal (Saifulislam).
@beliamuda, hmmm..entri ape yerp?
buleh incik belia kasi link?
@ikin, dah tak ingat. punya la banyak entri beliau… 😀