Tag: Universiti Teknologi Petronas

  • Twitpic Sepanjang Minggu #4

    Salam sejahtera buat semua.

    Nampaknya kompilasi gambar Twitpic kali ini tidak sebanyak sesi yang sebelum ni. Maknanya, apa yang terjadi sepanjang minggu ni agak mendatar dan rutin biasa sahaja. Cuma dihiasi dengan beberapa majlis dan aktiviti yang sedikit berlainan sahaja. Lawati kompilasi Twitpic #3 yang sangat banyak gambarnya.

    Say hi to @penaberkala n @Muzek1056 on Twitpic Lab PLC using comsole n Omron. #fb on Twitpic

    Seperti biasa, hari Isnin yang menjelma dengan masing-masing tanpa semangat yang tinggi. Boleh tengok muka mengantuk pada muka kawan-kawan yang hadir. Kali ini, kami pelajar Process Control telah beralih ke lab Programmable Logic Control (PLC) untuk subjek IACS. Benda baru yang sangat menarik. Semuanya pasal logik. Lepas ni akan belajar menggunakan perisian untuk memprogramkan satu siri aksi mudah.

    (more…)

  • [Biasiswa 2011] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    biasiswa UTP Petronas

    PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2010. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

    Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.