Twitpic Sepanjang Minggu #6

Salam sejahtera buat semua.

Sejak siri koleksi gambar Twitpic tertangguh beberapa bulan yang lalu pada #5, tiada siri baru yang menyusul. Tepatlah kata-kata terakhir dalam tulisan tersebut yang menjangkakan akan hadirnya ribut yang kuat (maknanya semakin sibuk).

Gambar-gambar di Twitpic tetap jua bertambah dengan setiap satunya muncul di akaun Twitter saya. Cuma ianya tidak sempat untuk dikompilasikan dalam entri di blog. Mengambil kesempatan di awal sem yang masih lagi kurang terasa kesibukannya, maka hadirlah yang ke-6.

Continue reading

HTC Desire S: Merakam Video dalam kualiti HD 720p

Salam sejahtera buat semua.

Banner kamkoder HTC Desire S

Salah satu lagi ciri menarik pada HTC Desire S selain kebolehan kamera dengan sensor 5MP ialah kemampuan untuk merakam video dalam kualiti HD (720p). Dalam entri kali ini, kita akan sama-sama lihat kualiti video yang dirakam oleh HTC Desire S (dalam rakaman bukan HD dan HD).

Mengikut spesifkasi HTC Desire S, rakaman video dalam HD (720p) dirakam pada 30 fps (frame per second). Secara umumnya, antaramuka bagi kamkoder lebih kurang sama sahaja dengan antaramuka bagi kamera. Ciri utama pada tetapan bagi rakaman video untuk HTC Desire S adalah seperti berikut:

Continue reading

Jejak Kasih Melalui Blog, Dua Kawan Lama Dipertemukan

Salam sejahtera buat semua.

ikatan tali silaturrahim

Siapa sangka, sebuah entri keluar jalan-jalan ke Ipoh dengan rakan-rakan telah menemukan dua rakan lama. Ala-ala jejak kasih pulak.

Dalam entri tersebut, saya telah memaparkan gambar saya dengan rakan-rakan. Salah seorang rakan blogger, Amir telah mengenal pasti salah seorang dalam gambar tersebut sebagai rakannya.

Di bawah ialah keratan gambar komen tersebut.

Continue reading

Catatan Perjalanan – Seribu Satu Malam di Ipoh

Salam sejahtera buat semua.

tiga-jantan-macho

Ok, tajuk saja kasi gempak. Padahal satu malam je pun keluar ke bandar Ipoh tu. Ini adalah sebuah catatan perjalanan tidak dirancang dan dilaksanakan secara rambang. Ini juga adalah kesinambungan kepada entri yang lalu iaitu gambar jejaka kacang.