Harga RON97 Naik 10 Sen Lagi Mulai 1 Februari 2011

Salam sejahtera buat semua.

Otak tengah serabut fikir nak balik ke tak Tahun Baru Cina ni, masuk pulak berita kenaikan harga minyak RON97 (lagi) sebanyak 10 sen mulai jam 12 malam, 1 Februari 2011. Ini memang kenaikan rutin (sebab belum pernah ada penurunan lagi sejak empat kali naik) berdasarkan semakan harga minyak yang tidak dikawal dengan subsidi oleh kerajaan.

Dengan kenaikan sebanyak 10 sen mulai tengah malam ni, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Continue reading

Petrol RON 95 naik harga 5 sen kepada RM1.90

Salam sejahtera  buat semua.

kenaikan harga barang 2010

Akhirnya tercapai juga hajat hati untuk menjejak kaki di Selama (kawasan negeri Kedah dan Perak) serta Serdang, Kedah seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Terima kasih kepada pemandu pelancong itu. ­čÖé

Kalau tengok jarak perjalanan tu, sekitar 90KM jugak la (masuk kawasan Sungai Taka, kemudian ke Selama, Kedah dan Selama, Perak sebelum ke Dataran Seri Serdang). Sebut pasal semua ni, berkait pulak dengan minyak kereta.

Continue reading

Bom Meletup Di Desa Tun Razak, Cheras

Salam sejahtera buat semua.

Mangsa letupan bom di Cheras

Menurut sms alert dan berita yang disiarkan The Star sebentar tadi, dilaporkan sebuah bom telah meletup di hadapan sebuah pangsapuri di Desa Tun Razak, Cheras. Letupan tersebut telah menyebabkan dua kecederaan serius dan kerosakan kecil kepada sekurang-kurangnya lima unit yang lain.
Continue reading