Tag: Penilaian Menengah Rendah

  • Semakan Keputusan PMR 2010 Online

    Salam sejahtera buat semua.

    semakan keputusan pmr 2010 online

    Bagi tiga peperiksaan awam terbesar di Malaysia untuk peringkat sekolah, masih belum wujud lagi sistem semakan keputusan secara online. Namun, ramai pelajar di luar sana yang bertanya wujudkah cara untuk menyemak keputusan PMR 2010 secara online (baca: dalam talian).

    Semasa tahun saya mengambil PMR, saya tidak berkesempatan untuk turut serta ke sekolah semasa pengumuman keputusan PMR dibuat. Saya bersekolah di Pulau Pinang (MRSM Transkrian) tapi tinggal di Kelantan. Kebetulan, sekitar tarikh pengumuman keputusan PMR pada tahun tersebut, saya berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya.

    (more…)

  • Keputusan PMR 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    Berakhir sudah detik penantian menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan. Keputusan PMR sudah pasti berada di tangan pelajar masing-masing. Mungkin ada segelintir sahaja yang belum lagi tahu keputusan PMR mereka. Ada jugakah yang mahu menyemak keputusan PMR 2010 secara online?