Tag: Penilaian Menengah Rendah

  • Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan PMR 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    Sudah puas kita berteka-teki dengan lepasan Tingkatan 3 tentang tarikh pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010, pengumuman rasmi telah pun dikeluarkan semalam. Pasti ramai yang sudah tahu tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2010.

    Keputusan peperiksaan PMR 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini, iaitu Khamis depan. (seperti dalam jangkaan awal sebelum ini dan merupakan tarikh yang paling diyakini).

    (more…)

  • Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2010?

    Salam sejahtera buat semua.

    Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 telah sebulan berlalu. Sebaik sahaja PMR 2010 selesai diduduki, sudah terdapat segilintir pelajar Tingkatan 3 yang bertanyakan bilakah tarikh pengumuman keputusan PMR 2010.

    Nampaknya adik-adik memang tak sabar nak tahu tarikh pengumuman keputusan PMR 2010 kan? Jujurnya, tarikh pengumuman sesuatu peperiksaan awam bergantung pada banyak hal dan hanya akan diputuskan tidak berapa lama sebelum keputusan peperiksaan itu bakal diumumkan (kebiasaannya seminggu sebelum).

    (more…)