Nokia N8 Mula Dijual Di Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

nokia_n8_silver

Jika sebelum ini Nokia membuka tempahan untuk telefon bimbit pintar (hp) terbaru keluaran mereka iaitu N8, kini ianya telah mula dijual dalam pasaran di Malaysia.

Nokia N8 dilengkapi dengan kamera 12-megapixel yang menggunakan lensa optik Carl-Zeiss dan flash Xenon. Banyak lagi fungsi-fungsi lain yang melengkapi telefon pintar ini seperti rakaman gambar dan video pada kualiti HD, menonton rancangan TV seperti CNN, E! Entertainment, Paramount dan National Geographic serta rancangan TV tempatan seperti 8TV dan TV3 Catch-Up, juga dilengkapi Ovi Maps dan pelbagai lagi aplikasi dan wiget daripada Ovi Store.

Continue reading

Nokia X2-00 Sebagai Pengganti Nokia 6233

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00

Semasa pulang beraya tempoh hari, saya telah berniat untuk membeli sebuah telefon bimbit (hp) yang baru untuk menggantikan hp Nokia 6233 yang semakin tidak sihat. Pada mulanya saya ingin membeli Nokia 6700 Classic (adik kepada Nokia 6300 dan Nokia 6233), namun disebabkan model ni sudah tidak dijual lagi, saya memilih sahaja hp yang berkenan di hati.

Pengalaman Pertama Menggunakan Handphone Nokia

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya mahu bersantai seketika. Ada lagi lapan hari sebelum paper terakhir. Kemudian lagi lima hari sebelum memulakan latihan industri di Celestica, Kulim Hi-Tech. Nanti saya ceritakan liku dalam pemilihan tempat intern ni di kemudian hari.

Sekarang mahu bercerita tentang pengalaman saya menggunakan handphone (telefon bimbit). Lebih tepat lagi handphone Nokia. Kenapa Nokia? Sebab inilah handphone pertama yang digunakan dan yang sedang saya pakai sekarang. Apakah handphone pertama anda?

Siri Realiti Online – Nokia “The Rookie”

Salam sejahtera buat semua.

nokia the rookie

Tentu ada pembaca dan rakan blogger yang perasan bulan lepas ada iklan yang berlegar-legar di ruang maya berkaitan dengan The Rookie. Pada masa tersebut, program The Rookie masih lagi mencari peserta yang akan berentap.

Makluman buat anda semua. Rancangan Nokia “The Rookie telah pun menjumpai 12 peserta yang bakal berentap untuk merebut hadiah utama RM10,000 dan empat orang daripada mereka akan mendapat peluang untuk intern di empat buah syarikat terkemuka iaitu Nokia, Universal Music, Standard Chartered atau 8TV.

Continue reading