Pejabat Penggawa dan Kafetaria A, USM Transkrian

Salam sejahtera buat semua.

Pejabat Penggawa dan Kafetaria A

Hari ini ikut Abah pergi hantar adik ke USM Transkrian, Kampus Kejuruteraan. Pelajar USM akan memulakan semester baru Isnin ni (esok la tu kan). Nasib baik saya masih lagi bercuti esok hari.

Setiap kali pergi hantar adik ke USM Transkrian, mesti akan lalu di depan MRSM Transkrian, Nibong Tebal. Setiap kali jugalah mesti terasa menggamit memori. Tu belum masuk kat dalam lagi. Banyak kenangan di situ. Sudah enam tahun berlalu sejak saya meninggalkan MRSM Transkrian.

Continue reading

Pengalaman Pertama Menggunakan Handphone Nokia

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya mahu bersantai seketika. Ada lagi lapan hari sebelum paper terakhir. Kemudian lagi lima hari sebelum memulakan latihan industri di Celestica, Kulim Hi-Tech. Nanti saya ceritakan liku dalam pemilihan tempat intern ni di kemudian hari.

Sekarang mahu bercerita tentang pengalaman saya menggunakan handphone (telefon bimbit). Lebih tepat lagi handphone Nokia. Kenapa Nokia? Sebab inilah handphone pertama yang digunakan dan yang sedang saya pakai sekarang. Apakah handphone pertama anda?

Ranking MRSM Untuk Keputusan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Ranking MRSM bagi keputusan SPM 2011!]

logo mrsm

Salah satu perkara yang menjadi penanda aras bagi setiap Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ialah ranking / kedudukan berdasarkan keputusan SPM. Ranking ini disusun berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang dikira daripada keputusan SPM setiap pelajar.

Saban tahun, kedudukan ini berubah-ubah dan kebiasaanya MRSM PKP (Program Khas Pendidikan) @ Bitara akan mendahului senarai empat teratas. Namun, tahun ini sedikit berbeza dengan salah satu MRSM PKP berada di tangga kelapan. Lihat senarai penuh ranking MRSM berdasarkan keputusan SPM 2009.

Continue reading

Semakan Keputusan Kemasukan ke MRSM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Menyusul selepas Keputusan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010, pihak MARA akhirnya mengeluarkan semakan keputusan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi persekolahan tahun 2010. Semak lebih lanjut di bawah.

Para pelajar yang telah menduduki UPSR dan PMR tahun 2009 serta ada memohon memasuki Tingkatan 1 dan 4 untuk tahun 2010 ke MRSM sudah boleh menyemak keputusan kemasukan ke MRSM mereka secara dalam talian mulai hari ini, 1 Februari 2010.

Continue reading