MRSM Cemerlang SPM 2010: Kedudukan 7 MRSM Terbaik

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSM

Salah satu perkara yang paling ingin diketahui selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 diumumkan ialah kedudukan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menjadi antara peneraju dalam kedudukan teratas keputusan SPM 2010.

Seperti yang dimaklumkan, bagi keputusan SPM 2010, MRSM yang menduduki tempat pertama keputusan SPM 2010 ialah MRSM Pengkalan Chepa dengan Gred Purata Maktab (GPM) 0.83.

Dipaparkan di bawah ialah ranking 7 MRSM terbaik dan GPM masing-masing.

Continue reading

MRSM Terbaik SPM 2010: MRSM Pengkalan Chepa

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSM

Berita yang saya kira sangat membanggakan dan menarik perhatian saya sebagai salah seorang bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa.

Seperti yang diketahui ramai, hari ini keputusan SPM 2010 telah diumumkan secara rasmi dengan peningkatan daripada tahun sebelumnya. Nampaknya, peningkatan yang cemerlang juga telah ditunjukkan oleh MRSM PC apabila menjadi yang terbaik antara MRSM untuk keputusan SPM 2010 di kedudukan yang pertama.

Continue reading

Nota Malam: (Bab 6) Kenangan Nasi Haiqal Yang Membawa Kami Terbang

Salam sejahtera buat semua.

Nasi Haiqal

[Lagu tema: –]

Nasi Haiqal. Ianya asing semasa aku berada di Tingkatan 4. Namun tanpa aku ingati bagaimana saat pertemuannnya dengan kami semua, ianya menjadi suatu ketagihan. Manakan tidak, rasanya sungguh enak tidak kiralah nasinya ataupun lauknya.

Continue reading

Nota Malam: (Bab 4) Tercipta Sebuah Kenangan Dalam Memori Indah

Salam sejahtera buat semua.

Blok Bahagia MRSM PC

[Lagu tema: Amuk – Matahari]

Kali kedua saya ditag dalam video di Facebook baru-baru ni. Sebelum ni dah pernah ditag sekali, tapi tak boleh tengok pun sebab line Internet di UTP tidak membenarkan pelajar membuka laman streaming. Lagipun kena tag pada video yang langsung tiada kaitan.

Namun tag dalam video yang kedua ini nyata berbeza dan membawa kembali semula ingatan beberapa tahun lepas. Ingatan kepada sebuah memori yang pelbagai yang telah dirangkai bersama teman-teman seperjuangan di MRSM PC.

Continue reading