Debaran Pelajar Lepasan SPM 2011 Menanti Semakan Keputusan

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini: Tarikh rasmi semakan keputusan SPM 2011!]

Tarikh pengumuman keputusan SPM 2011?

Bulan Mac secara tradisinya telah menjadi bulan di mana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut, terutamanya kepada bekas pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia.

Tidak seperti tahun sebelumnya, saya tidak dapat turut sama untuk merancakkan debaran lepasan SPM 2011 menanti pengumuman keputusan peperiksaan masing-masing. Boleh dikatakan saya agak ketinggalan sedikit tahun ini. Nak berteka-teki mengenai tarikh pengumuman keputusan SPM 2011 pun agak lewat.

Continue reading

Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

Sebaik sahaja siaran rasmi tarikh pengumuman keputusan STPM 2011 dan dalam proses penantian tarikh pengumuman keputusan SPM 2011, pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SPM Ulangan (SPMU) bagi tahun 2012 kini telah dibuka bermula 1 Mac yang lalu, seperti kebiasaan dua tahun kebelakangan.

Continue reading

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM dan MUET 2012

Salam sejahtera buat semua.

Tarikh Peperiksaan Awam Malaysia 2012

Tarikh peperiksaan awam bagi tahun 2012 iaitu untuk UPSR, PMR, SPM, dan STAM telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Tarikh bagi lagi dua peperiksaan awam iaitu STPM dan MUET telah disiarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Diharapkan ini akan menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan awam yang telah disebutkan di atas.

Continue reading

Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini: Tarikh-tarikh penting berkaitan program Matrikulasi KPM!]

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013, semakan dan kemaskini permohonan sudah boleh dibuat.