Tag: JPA

  • Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.

    Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.

    (more…)

  • Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009?

    Salam sejahtera buat semua.

    [Panas] Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009

    Aish. Adik-adik ni. Memang tak sabar betul nak tahu bila keputusan SPM 2009 nak keluar. Abang tahu adik-adik semua berdebar menanti result SPM 2009 tu diumumkan. Abang pun pernah melalui debaran menanti keputusan SPM tidak lama dahulu, walaupun mungkin debaran banyak dihilangkan dengan kesibukan belajar di UTP.

    Makin dekat dengan tarikh pengumuman (biasanya sekitar awal bulan Mac), makin terasa berdebar adik-adik kita ni. Banyak juga yang duk bertanya di sini. Ada je peluang nak tanya sikit, memang tulis terus.

    (more…)