Salam sejahtera buat semua.
PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.
Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.
Program Ijazah Luar Negara 2010
Bagi PILN 2010, JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan daripada pelajar-pelajar lepasan SPM. Daripada jumlah tersebut sebanyak 10,956 permohonan melepasi syarat minima dan layak di temuduga. Bilangan tersebut menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif.
Memandangkan terdapat persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 2,000 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN untuk mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal. Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan.
Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010
Keputusan permohonan Program Ijazah Luar Negara 2010 boleh disemak pada 21 Mei 2010 mulai jam 3 petang di portal eSila JPA.
Anda boleh semak keputusan dengan mengklik butang “Semak Keputusan” di bahagian bawah. Sila daftar masuk dengan Nombor MyKad dan kata laluan anda.
Bagi permohonan untuk kursus-kursus di Universiti Penyelidikan (Research Universities), keputusan akan dikeluarkan pada 4 Jun 2010
beliamuda: Tahniah kepada yang berjaya dalam permohonan PILN 2010. Bagi yang ada maklumat mengenai rayuan PILN 2010, saya mengalu-alukan perkongsian anda dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih.
Leave a Reply