Tag: biasiswa JPA

  • Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.

    Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.

    (more…)

  • Permohonan Biasiswa JPA & MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Bagi Lepasan SPM 2009

    Salam sejahtera buat semua.

    Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2010.

    Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

    Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.

    (more…)