Mumble-less Monday #9: Tangkapan Sejuta di blog @eyriqazz

Salam sejahtera buat semua.

Tangkapan sejuta di blog Cikgu GTO

Tangkapan skrin di atas dirakam pada 2:20 petang semalam, 7 Ogos 2011. Tahniah! Blog Cikgu GTO @ eyriqazz kerana telah melepasi jumlah paparan pelawat yang ke-sejuta.

Sebelum ni tak tergerak hati pun nak join kontes yang beliau anjurkan, tapi semalam bila tengok angka tu dah dekat nak mencapai sejuta, apa salahnya kalau mencuba.

Continue reading

Salam Perkenalan Pertama

Salam sejahtera buat semua.

Kenangan Nokia 6233

Detik 6 Ogos yang berlalu pergi dengan titik hitam dalam hidup, iaitu terlibat dalam kemalangan motorsikal kemudiannya dihiasi dengan sebuah salam perkenalan daripada seseorang yang tidak dikenali.

Sedang leka berbaring di atas katil sambil menanggung sakit di badan yang masih menyengat, mata dirasakan malas untuk dibuka. Suasana sepi pagi Sabtu yang menyebabkan masing-masing bermalas-malasan sahaja untuk mengisi hujung minggu yang bosan.

Continue reading

Tragedi 6 Ogos 2010: Kemalangan Motor di Kulim

Salam sejahtera buat semua.

Celesticos Tribe di Satay House Kulim
Bergambar dengan sebahagian Celesticos Tribe di Satay House Kulim sehari sebelum tragedi. Dalam gambar ialah Zopo, Kak Wa, Saya, Aik, Jak dan Tajul.

Mungkin ini adalah salah satu kisah yang ramai kawan-kawan saya tidak tahu kecuali mereka yang tinggal serumah dengan saya di Taman KTC 3 dan rakan-rakan yang lain yang berpraktikal sekali di Kulim Hi-Tech.

Saya masih ingat lagi tarikh 6 Ogos 2010. Tarikh yang menjadi salah satu titik hitam dalam hidup saya yang mana saya terlibat dalam kemalangan motorsikal. Walaupun kecederaan yang dialami oleh saya tidaklah teruk sangat, tetapi apabila difikirkan balik, ada kemungkinan untuk terjadi sebaliknya.

Segalanya bermula selepas waktu Maghrib pada hari tersebut, hari Jumaat. Masing-masing belum makan lagi kerana pulang daripada kerja pada pukul 5.30 petang. Pada waktu tersebut, baru sahaja seminggu sejak saya mula menggunakan kereta Viva.

Continue reading

Ucapan Selamat Berpuasa Daripada Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat

Salam sejahtera buat semua.

Rumah Che Ibrahim

Sesekali menerima ucapan selamat berpuasa daripada rakyat Malaysia yang berada di luar  negara, sedikit sebanyak membuatkan saya bersyukur menyambut Ramadhan di sini. Walaupun jauh juga dari kampung halaman, namun masih lagi berpeluang untuk bersama-sama dengan muslim yang lain dalam suasana yang selesa.

Telahan saya, mungkin kemeriahan menyambut bulan Ramadhan di perantaun mungkin jauh berbeza, terutamanya jika berpuasa di negara yang majoriti penduduknya bukan beragam Islam.