Category: Video

  • (Bandi Amuk) KereK: OST Filem KaraK

    Salam sejahtera buat semua.

    Seram tak tengok Bandi Amuk dalam klip video MTV KereK – OST Filem KaraK? Agak stail gaya dia nyanyi dengan tangan diikat macam boneka yang dikawal oleh budak sekolah tu.

    Sayangnya, kalau nak tengok video penuh lagu ni, kena tengok kat Tonton. Sape la nak daftar kat Tonton kalau privasi pengguna pun tak dijaga kan? (sila rujuk kes emel ucapan Tahun Baru Cina oleh Perdana Menteri). Tunggu je la sampai ada yang muat naik MTV penuh KereK kat youtube nanti.

    (more…)

  • TVC PETRONAS untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Seperti biasa, PETRONAS tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan iklan TV komersil (TVC) bersempena dengan perayaan yang diraikan di Malaysia. Untuk perayan sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2011, PETRONAS sekali lagi mengeluarkan TVC baru yang membawa mesej kekeluargaan.

    Mungkin agak terlewat untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan di sini sebab TVC ini sudah hampir seminggu dikeluarkan dan telah disiarkan di kaca TV. Apapun, semoga kita dapat menangkap mesej yang ingin disampaikan melalui TVC ini. Saksikan TVC tersebut dalam video di bawah.

    (more…)