Category: Video

  • (Maher Zain) Freedom: Muzik Video dan Lirik Lagu

    Salam sejahtera buat semua.

    Maher Zain Live in Concert 26 Feb 2011

    Maher Zain kini hadir lagi dengan lagu baru yang bertajuk ‘Freedom’. Lagu ini telah dinyanyikan semasa konsert Maher Zain di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari yang lalu.

    Lagu Freedom oleh Maher Zain ini dicipta bersempena dengan kebangkitan revolusi rakyat di Timur Tengah dan didekasikan kepada mereka yang berjuang untuk kebebasan dan maruah sendiri.

    Anda boleh saksikan muzik video rasmi yang menggunakan footage daripada konsert beliau di Malaysia ini di bawah dan tidak hairanlah apabila banyak nama rakyat Malaysia yang terlibat dalam penghasilan klip video untuk lagu Freedom.

    (more…)

  • (Trailer) Angry Bird The Movie: Sekadar Prank atau Parodi?

    Salam sejahtera buat semua.

    Angry Bird @beliamuda

    Beberapa hari lalu, ada sebuah video di Youtube yang telah dimuatnaik dengan tajuk Angry Birds: The Movie (Trailer). Kalau sape yang pernah main dengan game Angry Bird atau pernah tahu apakah itu Angry Bird, pasti akan tertarik untuk klik dan menonton video tersebut.

    Sekali tengok trailer tu, rasa macam betul pulak kan akan ada filem Angry Bird. Tapi saya terfikir jugak, betul ke akan ada filem Angry Bird ni nanti? Dah la pengarahnya tu Michael Bay. Macam prank je kan (sebab dah dekat dengan 1 April – April Fool). Korang tengok dulu spoof trailer tu dalam video di bawah.

    (more…)