Motorola Charity Night – Meraikan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Salam sejahtera buat semua.

charity night 2010 ticket

Satu undangan tanpa perancangan semalam membawa saya berada di Chancellor Hall (CH), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Motorola Charity Night yang diadakan sempena dengan Child Provision (Child Pro) 2010.

Lewat petang tu dah keletihan bermain badminton dengan rakan-rakan daripada pukul 3 hingga 5, saya diajak oleh Farhan untuk ke CH. Sepatutnya kena bayar RM5 untuk tiket masuk ke sana (yang kemudiannya akan didermakan kepada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak) tetapi telah disumbangkan oleh Rektor (yang diberi melalui beberapa orang pelajar lain).

Continue reading

Aku Yang Terasa Hot Edisi Teruna Sebab Bumi Yang Panas dan Kegersangan

Salam sejahtera buat semua.

panas terik

Ok, aku memang terasa sedikit hot sekarang. Tapi tiada maknanya terasa hot seperti sekarang ni. Hot sebab keadaan sekarang la yang membuatkan aku jadi hot. Kalau sampai bumi pun boleh jadi gersang sebab aura hot ni, manusia-manusia yang berada di atas muka bumi ni lagi la akan terasa hotnya.

Walau aku terasa hot, aku tetap tak dapat nak letak gambar yang hot kat sini. Kuyam boleh la letak. Kalau aku letak, nanti ada yang jelas, baik daripada spesies yang sama, mahupun spesies yang berbeza. ~_~

Continue reading

Forum Baitul Muslim Di UTP Menampilkan Saifulislam dan Penulis AAC

Salam sejahtera buat semua.

Baitul Muslim UTP

Forum Baitul Muslim pada 17 Februari 2010 di Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan menampilkan Saifulislam, penulis Aku Terima Nikahnya dan Ustaz Habiburrahman El-Shirazy, penulis buku Ayat-ayat Cinta.

Agak hangat juga forum Baitul Muslim kali ni. Rasa nak pergi, tapi ada beberapa kekangan yang timbul. Kita tengoklah nanti macam mana. Kalau dapat pergi, baguslah kan.

Continue reading

Surat Saman Pertama Setelah Tiga Tahun

Salam sejahtera buat semua.

surat saman utp
Surat saman tersebut. Inilah contoh surat saman di UTP. Satu untuk pelajar, satu untuk Financial Department

Sungguh tragis semalam. Saya sudah melengkapi semua syarat-syarat dan peraturan semasa berada di kawasan blok akademik. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke Information Resource Center (IRC). Kawasan panas kot.

Boleh kata kawasan segitiga bermuda yang paling berbahaya jika tidak mematuhi peraturan. Pak guard bersiap sedia dengan surat cinta keramatnya tu. Bila-bila masa-masa je boleh ditulis.

Continue reading