Category: Perayaan dan Peristiwa

  • Inilah yang Dikatakan Raya Selama Sebulan!

    Salam sejahtera buat semua.

    Riuh Raya ERAthon

    Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi satu trend untuk dirayakan selama sebulan dengan amalan rumah terbuka. Walaupun sambutan hari raya yang sebenar hanya disambut pada 1 Syawal sahaja, namun ini tidak menjadi menghalang.

    Kebiasaannya, rumah terbuka yang mengisi sebulan raya diadakan oleh badan-badan korporat ataupun organisasi bagi meraikan ahli-ahli  mereka. Mungkin ada juga individu yang mengadakan rumah terbuka, namun ianya tidak serancak seperti di awal bulan Syawal.

    (more…)

  • Tarikh Mencerap Anak Bulan Puasa 2011: Bulan Ramadhan 1432H/2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Anak bulan Ramadhan

    Esok, kita akan menjejakkan kaki di bulan Sya’aban. Bermakna cuma tinggal lagi sebulan sebelum bulan Ramadhan pula tiba. Sebelum tarikh puasa yang sebenar ditentukan, pihak berkuasa akan mencerap anak bulan Ramadhan terlebih dahulu.

    Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2011 iaitu pada 31 Julai 2011. Di bawah adalah petikan kenyataan yang disiarkan di laman Majlis Raja-Raja.