Salam sejahtera buat semua.

Esok, kita akan menjejakkan kaki di bulan Sya’aban. Bermakna cuma tinggal lagi sebulan sebelum bulan Ramadhan pula tiba. Sebelum tarikh puasa yang sebenar ditentukan, pihak berkuasa akan mencerap anak bulan Ramadhan terlebih dahulu.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2011 iaitu pada 31 Julai 2011. Di bawah adalah petikan kenyataan yang disiarkan di laman Majlis Raja-Raja.
Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011
Dijangkakan tarikh permulaan puasa bagi tahun ini ialah pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H.
beliamuda: Setahun yang lalu saya menempuh bulan Ramadhan di Kulim semasa berpraktikal di sana dan kali ini mungkin kali terakhir saya akan berpuasa di UTP. Tinggal lagi enam bulan sebelum saya menamatkan pengajian di sini.
Leave a Reply