Category: Pendidikan

  • Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.

    Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.

    (more…)

  • Permohonan Fasa 2 Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Bagi Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

    Salam sejahtera buat semua.

    Perhatian kepada para pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang dibuka dalam bulan Disember tahun lalu dan ditutup pada Januari 2010 sudah boleh membuat pengemaskinian permohonan dalam Fasa 2.

    Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semester akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semester.

    (more…)