Ranking MRSM dalam Keputusan SPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Ranking MRSM keputusan SPM 2011

Baru sebentar tadi saya kongsikan dengan pembaca semua mengenai senarai 6 kedudukan terbaik MRSM di Malaysia dalam keputusan SPM 2011. Selepas itu, saya menerima senarai penuh kedudukan MRSM dalam keputusan SPM 2011 berserta dengan GPM setiap maktab.

Kedudukan setiap MRSM dalam senarai di bawah telah disusun mengikut nilaian Gred Purata Maktab (GPM) bagi setiap MRSM.

Continue reading

Kedudukan Enam MRSM Paling Cemerlang SPM 2011

Salam sejahtera buat semu.

Ranking MRSM keputusan SPM 2011

Prestasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sentiasa menjadi tumpuan ramai disamping keputusan yang diperolehi oleh Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Tahun ini, beberapa buah MRSM telah mencatat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011.

Bagi kedudukan enam MRSM teratas, bekas cikgu saya di MRSM PC yang kini telah berpindah ke MRSM Terendak telah berkongsi senarai tersebut berserta Gred Purata Maktab (GPM). Walaupun keputusan MRSM terbaik tahun ini ialah dengan GPM 1.0, ianya masih belum mampu untuk mengatasi keputusan terbaik MRSM PC pada keputusan SPM 2010.

Continue reading

Analisa dan Statistik Ringkas Keputusan SPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Akhirnya, debaran yang dialami oleh para pelajar lepasan SPM 2011 berakhir dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 pada hari ini. Saya percaya, hampir kesemua 468,808 pelajar yang menduduki SPM 2011 telah mengetahui keputusan masing-masing.

Pengumuman keputusan SPM 2011 telah dibuat secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Menurut beliau, seramai 559 calon SPM 2011 telah memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Continue reading

Selamat Mengambil Keputusan SPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Selamat Mengambil Keputusan SPM 2011

Hari yang berlalu menjadikan kita semakin hampir ke tarikh 21 Mac 2012 yang menjadi hari pengumuman rasmi keputusan SPM 2011. Untuk tahun ini, saya ada seorang adik yang turut menanti keputusan SPM. Sebagai abang, mestilah saya juga teringin untuk mengetahui keputusannya.

Oleh kerana adik saya bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu di Sekolah Sains Alam Shah (ASiS), maka perlulah dia bergerak dari kampung pada hari ini untuk mengambil slip keputusan SPM pada keesokan hari. Katanya, dia bersama beberapa lagi rakan yang lain.

Continue reading