Universiti Terbaik dan Cemerlang di Malaysia 2009

Salam sejahtera buat semua.

Universiti Cemerlang

Hari ini, tujuh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 11 daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dianugerahkan dengan pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2009

Penganugerahan itu diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Continue reading

Semakan Keputusan Muet Pertengahan Tahun 2010

Salam sejahtera buat semua.

Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pertengahan tahun 2010 akan diumumkan pada hari ini.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah dan institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Continue reading

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi 2/2010

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara Sesi kedua untuk tahun 2010 telah pun dibuka semula. Para pelajar yang berminat boleh membuat permohonan di laman web eSILA JPA.

Petikan di bawah dipetik daripada Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara.

Continue reading

Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2010/2011

Salam sejahtera untuk semua.

Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); kecuali UPSI dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Continue reading