Category: Pendidikan

  • Permohonan Fasa 2 Kemasukan ke IPTA Sesi 2011/2012 Bagi Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

    Salam sejahtera buat semua.

    Perhatian kepada para pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang dibuka dalam bulan Disember tahun lalu dan ditutup pada Januari 2011 sudah boleh membuat pengemaskinian permohonan dalam Fasa 2.

    Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semester akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semester.

    (more…)

  • Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi Sesi 2010/2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Sesi matrikulasi 2010/2011 telah berakhir baru-baru ini selepas peperiksaan semester 2 berakhir. Tidak lama lagi, pelajar matrikulasi sesi 2011/2012 pun akan memulakan sesinya pada 23 Mei nanti.

    Berkenaan peperiksaan semester 2 tempoh hari, keputusan peperiksaan semester 2 tersebut telah pun diumumkan pada hari ini. Semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan melalui beberapa cara. Sila baca dengan teliti di bawah.

    (more…)