Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Sesi matrikulasi 2010/2011 telah berakhir baru-baru ini selepas peperiksaan semester 2 berakhir. Tidak lama lagi, pelajar matrikulasi sesi 2011/2012 pun akan memulakan sesinya pada 23 Mei nanti.

Berkenaan peperiksaan semester 2 tempoh hari, keputusan peperiksaan semester 2 tersebut telah pun diumumkan pada hari ini. Semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan melalui beberapa cara. Sila baca dengan teliti di bawah.

 

Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 2 Program Matrikulasi

Para pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan semester 2 sesi 2010/2011 mulai jam 12 tengah hari 18 Mei 2011 (Rabu).

 

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 2 Sesi 2009/2010

Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester 2 sesi 2010/2011 ini boleh disemak melalui beberapa cara seperti yang dinyatakan di bawah:

  1. Secara Dalam Talian (Online)
  2. Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    • Sila taip MOE MAK <no kad pengenalan> dan hantar ke 15888
      Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
  3. Secara Telefon
    • Sila hubungi Kolej Matrikulasi masing-masing, atau
    • Hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03 8884 4022

 

beliamuda: Tahniah kepada pelajar lepasan matrikulasi yang berjaya mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan semester 2 sesi 2010/2011. Jangan lupa untuk permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan matrikulasi.

Comments

3 responses to “Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi Sesi 2010/2011”

  1. […] sumber: Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi Sesi 2010/2011 Share […]

  2. […] sumber: Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi Sesi 2010/2011 Tags: keputusan matrikulasi 2010/2011, keputusan peperiksaan matrikulasi 2010/2011, matrikulasi sesi 2010/2011, peperiksaan matrikulasi, semak keputusan peperiksaan matrikulasi 2011, semakan keputusan peperiksaan matrik, semakan keputusan peperiksaan matrikulasi kementerian pelajaran malaysia, semakan peperiksaan matrikulasi, semakan peperiksaan matrikulasi 2011, semester 2 matrikulasi, tarikh keputusan peperiksaan matrik […]

  3. donny Avatar

    tq for the info..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge