Category: Lensa Nokia X2-00

  • Pejabat Penggawa dan Kafetaria A, USM Transkrian

    Salam sejahtera buat semua.

    Pejabat Penggawa dan Kafetaria A

    Hari ini ikut Abah pergi hantar adik ke USM Transkrian, Kampus Kejuruteraan. Pelajar USM akan memulakan semester baru Isnin ni (esok la tu kan). Nasib baik saya masih lagi bercuti esok hari.

    Setiap kali pergi hantar adik ke USM Transkrian, mesti akan lalu di depan MRSM Transkrian, Nibong Tebal. Setiap kali jugalah mesti terasa menggamit memori. Tu belum masuk kat dalam lagi. Banyak kenangan di situ. Sudah enam tahun berlalu sejak saya meninggalkan MRSM Transkrian.

    (more…)

  • Sarapan pagi bersama LipanKatKaki

    Salam sejahtera buat semua.

    Sarapan dengan LipanKatKaki

    Kali pertama keluar bersarapan di warung kawasan Kilang Lama (Kelang Lama), Kulim bersebelah dengan warung Bihun Sup Pak Long bersama-sama dengan Fauzi (LipanKatKaki).

    Tengok muka dah boleh agak betapa gembiranya dia. Mana taknya, dengan dua bungkus nasi lemak + sebunkus bihun + lempeng, memang itu boleh buat dia tersenyum riang.

    (more…)

  • Jalan-jalan Pusing Taman Di Pagi Hari

    Salam sejahtera buat semua.

    bukit-ktc-3

    Pagi yang indah macam hari ni elok jika diisi dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan taman perumahan ni. Kalau tak silap, ini kali pertama saya dan sahabat pusing kawasan perumahan ni di awal pagi.

    Kawasan Taman KTC 3 ni memang berbukit. Kat depan rumah tersergam dua buah bukit yang tak berapa tinggi.

    (more…)

  • Gaya Rajin Yang Sebenar

    Salam sejahtera buat semua.

    Menyemak dokumen audit

    Tekun melakukan proses semakan dokumen sebagai persediaan sebelum proses audit pada minggu hadapan. Rapat 5.30 baru jejak kaki di luar kawasan production. Bukan sekadar wayang yang biasa.

    (more…)