Category: Diari Kembara

  • Bergambar di Bukit Larangan KLCC Park

    Salam sejahtera buat semua.

    Bukit Terlarang KLCC Park

    Terima kasih kepada Nashunter untuk gambar yang awesome ni! Boleh bayang tak macam mana posisi jurufoto tengah ambil gambar pada masa ni? Tertunduk-tunduk kat atas rumput untuk cari sudut gambar yang menarik.

    Ada sebab kenapa saya memanggil lokasi tempat mengambil gambar ni sebagai Bukit Terlarang. Sebenarnya, tempat yang kami duduk semasa mengambil gambar tersebut adalah dilarang sama sekali untuk dinaiki apatah lagi dipijak.

    (more…)

  • Jom Pekena Cendol Pulut Kacang di Stesen Bas Taiping

    Salam sejahtera buat semua.

    Cendol Kacang

    Sembang lebat bersama Azfar Umar yang menjadi teman sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang pada 1 April yang lalu membuka beberapa cerita mengenai Taiping. Lagipun, dia pernah belajar di MRSM Taiping selepas PMR di MRSM Transkrian (rakan sekelas).

    Mungkin sejak kebelakangan ini saya menjadi lebih tertarik untuk mengetahui lokasi tempat makan yang menarik, maka saya tidak lepaskan peluang untuk bertanya mengenai tempat makanan menarik di Taiping. Cendol adalah makanan yang dicadangkan.

    (more…)