Gambar Perodua Myvi 2011: Standard

Salam sejahtera buat semua.

Perodua Myvi 2011 (Standard)

Terdapat tiga varian yang diumumkan dalam pelancaran Perodua Myvi 2011 yang merupakan Myvi generasi kedua dalam usaha Perodua untuk memperkukuhkan lagi penjualan kereta paling laris di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut (2006-2010).

Selain Perodua Myvi Elegance yang merupakan varian untuk model Myvi 2011 yang paling lengkap, terdapat dua lagi varian iaitu Standard dan Premium. Dalam entri ini, saya kongsikan gambar Perodua Myvi 2011 daripada varian Standard yang merupakan varian paling bawah.

Continue reading

Gambar Perodua Myvi 2011: Elegance

Salam sejahtera buat semua.

Perodua Myvi Elegance

Semalam, Perodua Myvi 2011 iaitu generasi Perodua Myvi yang kedua telah dilancarkan bagi menggantikan model generasi pertama yang telah diberhentikan pengeluaran sejak April lalu. Terdapat tiga varian dalam barisan Perodua Myvi 2011 iaitu Standard, Premium dan Elegance.

Di antara ketiga-tiga varian dalam Perodua Myvi 2011, varian Elegance adalah yang paling lengkap antara semua. Walaupun sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Perodua Myvi 1.5 akan turut dilancarkan, namun kesemua varian yang dilancarkan semalam adalah daripada barisan Perodua Myvi 1.3.

Continue reading

Gambar Perodua Myvi 2011 (D54T @ ELegance)

Salam sejahtera buat semua.

Perodua Myvi 2011

Malam ini, Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) akan melancarkan Perodua Myvi 2011 (generasi kedua) yang sebelum ini dikenali dengan nama Perodua D54T. Tempahan bagi Perodua Myvi 2011 ini telah pun dibuka sejak 4 Jun lalu.

Walaupun masih lagi belum dilancarkan secara rasmi, beberapa gambar dan maklumat berkaitan dengan spesifikasi dan harga Perodua Myvi 2011 ini telah pun didapati di beberapa laman web dan blog.

(Gambar) Proton Saga Facelift (FL) 1.6 Ekskutif

Salam sejahtera buat semua.

proton-saga-1600cc-3_770

Baru tadi dapat tahu apabila Faris memberitahu Proton ada mengeluarkan Proton Saga FL 1.6 Ekskutif, kebetulan masa tu tengah naik motor dan ternampak sebuah Proton Saga 1.3 kat depan. Pada bulan Disember tahun lalu, Proton Saga FL diperkenalkan kepada para pembeli.

Di UTP sekarang ni dah boleh tengok beberapa biji Proton Saga FL (kawan sekelas pun ada baru beli dan pakai Proton Saga FL) yang dipakai oleh oleh golongan pelajar, tapi tak banyak lagi la. Memang sasaran pembeli untuk Proton Saga FL adalah golongan muda pun.

Kini, barisan varian Proton Saga FL Ekskutif ditambah lagi dengan enjin kapasiti 1600cc dan dikenali sebagai Proton Saga FL 1.6. Lihat gambar-gambar Proton Saga FL 1.6 di bawah yang diambil daripada Paultan.

Continue reading