Category: Aplikasi dan Perisian

  • Kemaskini Peningkatan Sekuriti WordPress 3.1.1

    Salam sejahtera buat semua.

    WP 3.1.1

    Versi terbaru WordPress (WP) yang telah ditingkatkan sekuriti iaitu WP 3.1.1 telah pun dikeluarkan oleh pembangunnya. Kemaskini terbaru ini membaik-pulih lebih daripada 30 isu yang telah dikenal pasti.

    Seperti biasa, pengguna WordPress boleh mengemaskini secara automatik melalui Dashboard masing-masing dan juga memuat-turun secara manual. WordPress 3.1 (Reinhardt) telah diperkenalkan pada hujung bulan Februari yang lalu, membawakan banyak perubahan ketara.

    (more…)

  • Kemaskini Peningkatan Sekuriti dalam WordPress 3.0.5

    Salam sejahtera buat semua.

    WP 3.0.5

    Kemaskini terbaru WordPress versi 3.0.5 telah dilepaskan sebagai kemaskini penting yang meningkatkan lagi sekuriti ke tahap yang lebih tinggi untuk kesemua versi WordPress sebelumnya.

    Pelepesan kemaskini sekuriti ini amat diperlukan terutama kepada pengguna WordPress yang mempunyai berbilang akaun pengguna yang diragui. Turut serta dalam kemaskini 3.0.5 ialah peningkatan sekuriti dan pengerasan (haha, saja buat terjamahan langsung).

    (more…)