Pada Setiap Titik Peluh

Salam sejahtera buat semua.

The thing they call progress (DSC9056)

Bekerja di bawah terik panas mentari bukanlah satu pilihan namun ada tugas yang perlu diselesaikan. Musim kemarau yang melanda bumi Malaysia tahun ini dengan langit yang lebih terang tanpa awan, menambah perit.

Itulah yang terpaksa ditempuh hampir saban hari untuk sesi pembaikpulihan loji (baca: plant turnaround) di PETRONAS Chemical Polyethylene Sdn. Bhd. (PCPSB) yang mana saya terlibat dalam DCS Upgrading Project. Sistem lama diganti dengan yang baru secara keseluruhan. Ianya sebuah projeck migrasi daripada sistem Yamatake-Honeywell TDC 3000 kepada Yokogawa Centum VP R5.

Umur loji yang telah menjangkau 20 tahun memerlukan ianya dibaikpulih beberapa bahagian utama bagi memastikan prestasi yang lebih baik. Sekurang-kurangnya itulah yang diharapkan dan menjadi target utama kumpulan kami. Tekanan pasti akan lebih terasa apabila loji akan dihidupkan semula dalam tempoh dua minggu lagi.

Kerja-kerja sekarang banyak tertumpu dalam memastikan setiap gegelung (baca: loop) diantara modul IO dan instrumen dapat berkomunikasi dengan betul. Inilah yang membawa sebahagian daripada kami untuk berada di kawasan keseluruhan loji di mana lokasi setiap instrumen tersebut berada.

Perit dan jerih lebih dirasai oleh mereka yang melaksanakan tugasan secara terus di lapangan. Dengan keadaan persekitaran yang bingit disebabkan oleh pelbagai kerja mekanikal dan bahaya lain, risiko kemalangan menjadi lebih tinggi. Bekerja untuk satu tempoh masa yang panjang dalam sehari dan secara berterusan pula memberi kesan kepada fokus dan kudrat kepada golongan ini.

Semoga ada keberkatan pada setiap titik peluh yang menitis ke bumi dan yang kering di kulit tubuh. Diharapakan agar apa yang bakal dilalui sepanjang tempoh TA yang berbaki dua minggu sahaja lagi dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik.

beliamuda: Lebih banyak memberi arahan dan memantau. Setiap keputusan yang dibuat menjadi refleksi tahap kematangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge