Tahun Baru 2013

Salam sejahtera buat semua.

Semakin hampir dengan Tahun 2013! #newyear #calendar #snap #workstation

Lama benar dah rasanya tidak menulis di beliamuda {dot} com. Entri sepanjang bulan lepas pun lebih kepada gambar sahaja. Bukan tiada masa, tapi ada obsesi yang lain.

Apakah obsesi yang dimaksudkan tu? Nanti kita cerita lain pasal yang tu. Saya buka kisah tahun ini dengan Tahun Baru 2013.

Walaupun Tahun 2013 telah masuk hari yang kelima pada hari ini, saya tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua!

Hari pertama tahun baru tempoh hari, sakan betul orang duk bercerita pasal azam masing-masing. Saya pula meyibukkan diri untuk sampai ke Kampung Baru. Itu pun tidak dirancang! Kalau ada peluang, kita buka cerita lain (jugak!).

Secara ringkasnya, semoga Tahun 2013 membawa peningkatan prestasi dan kemahiran dalam urusan berkaitan kerja (bulan Februari ni cukup setahun bekerja) dan beberapa hal lain yang berkaitan.

Selamat Tahun Baru!

beliamuda: Kita mula dengan ringkas dulu ya~

Comments

6 responses to “Tahun Baru 2013”

  1. amirnawawi Avatar

    Bang Hanifi, semoga dapat menulis dengan lebih banyak lagi selepas ini 🙂

  2. KG Avatar

    hello beliamuda..aku mcm ingat2 lupa la ko ni..hehehe..nice entri..dlm bnyk2 blog lama blog ko ade lg..

    1. beliamuda Avatar

      Hi KG! Err, kita kenal ke eh? >_< Banyak lagi blog lama yang masih ada. Mungkin agak tenggelam dengan jutaan blog baru.

  3. yangbaik Avatar

    biasalah dalam kesibukan teringat nak tulis macam2… Selamat Tahun Baru

    1. beliamuda Avatar

      Selamat Tahun Baru jugak YB!

  4. izwanyusof Avatar

    selamat tahun baru!
    ni kalender dari tempat kerja la ni eh? hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge