Salam sejahtera buat semua.
[Terkini!] Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012/2013
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013 pada hari ini, 6 Ogos 2012 bermula pukul jam 5 petang.
Permohonan biasiswa JPA PIDN 2012 boleh dibuat secara aplikasi dalam talian (online application) bermula daripada waktu yang ditetapkan. Permohonan akan dibuka sehingga 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh pihak JPA.
IPTA dan IPTS Tajaan Biasiswa PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan dalam penawaran Biasiswa JPA Sesi 2012/2013 program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
Manakala bagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan untuk penawaran Biasiswa JPA bagi program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Selain itu, mahasiswa yang menuntut di beberapa kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia juga layak untuk memohon Biaisiswa JPA pada tahun ini. Empat universiti tersebut ialah:
- University of Nottingham
- Monash University
- Swinburne University of Technology
- Curtin University of Technology
Leave a Reply