Entri Salin-Tampal, Jangan Sampai Nampak Bodoh!

Salam sejahtera buat semua.

Writing is My Hobby

Siapalah yang tidak suka cara yang mudah untuk berbuat sesuatu. Kalau ada jalan paling singkat untuk mencapai matlamat akhir, pasti semua orang akan memilih jalan pintas tersebut.

Dalam dunia blog, penulisan salin-tampal adalah yang paling mudah dan paling cepat. Secepat sekadar mengetuk papan kekunci Ctrl+C dan Ctrl+V, lalu sudah boleh dipaparkan entri tersebut untuk tatapan umum.

Saya sendiri ada beberapa entri yang intipati utamanya diambil daripada penulisan asal oleh blogger lain atau portal berita. Namun, kebanyakan entri salin-tampal tersebut diberikan rujukan kepada laman asal ianya ditemui, terutamanya yang diambil daripada portal berita.

Antara sebab penting kenapa rujukan asal perlu diberikan adalah untuk memastikan kesahihan dan autoriti maklumat yang dikongsikan. Ada sesetengah pembaca biasanya akan mempersoalkan info yang ditulis jika tulisan tersebut memerlukan ketepatan maklumat 100%. Jika entri tersebut bersumberkan tulisan orang lain, sekurang-kurangnya pembaca dapat menilai sendiri sejauh mana kebenaran maklumat yang dikongsikan.

Antara sebab negatif perkongsian maklumat tanpa sumber ialah apabila info yang dikongsikan sangat meragukan dan tidak logik dek akal, lalu blogger yang bertanggungjawab menyiarkan entri tersebut akan diragui tahap kesahihan maklumat yang dikongsikan. Contoh mudah adalah seperti di bawah.

Meja studi

Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan.

Saya tak boleh ulas tulisan di atas sebab saya bukan orang yang fasih pasal elektronik. Laptop juga bukan dihasilkan oleh pengeluar yang sama. Apatah lagi ianya boleh didapati dalam berbilang model. Bateri laptop juga bukan sejenis. Ada beberapa jenis yang biasa digunakan iaitu Li-On, Ni-Cd dan Ni-Mh. Tambahan lagi, apa gunanya AC adapter yang diguna pakai pada laptop tu?

Cukuplah sekadar contoh mudah yang saya berikan di atas. Sekarang ni tengah pening memikirkan solusi untuk satu cakera keras yang telah korup C: drive setelah melalui proses restore image backup. Cakera keras ini digunakan pada HP Z400 Workstation menggunakan versi Windows Vista Service Pack 2 (OEM) original yang pada asalnya menggunakan Windows 7 Pro original (downgrade Win 7 ke Win Vista). Korang ada cadangan tak?

beliamuda: Laptop pernah kena sambar kilat semasa bateri dan AC adapter terpasang.

4 thoughts on “Entri Salin-Tampal, Jangan Sampai Nampak Bodoh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge