Solat Jumaat di Masjid Assyafaah, Singapura

Salam sejahtera buat semua.

Masjid Assyafaah Sembawang Singapura

Kalau di Tuas sebelum ni, kedudukan masjid yang paling hampir adalah 16km. Namun sejak beralih lokasi ke Sembawang Shipyard, kedudukan masjid paling dekat adalah dalam 600 meter sahaja daripada Gate 1 (kira-kira 1km dari pejabat) iaitu Masjid Assyafaah. Dengan jarak masjid yang dekat, dengan berjalan kaki pun boleh sampai.

Kali pertama saya lalu di depan kawasan masjid ini, saya tidak perasan pun ianya adalah sebuah masjid kerana binaannya yang moden. Apabila saya menunjukkan masjid ini kepada rakan yang lain, mereka pun agak teruja kerana rekaan bangunan Masjid Assyafaah yang jauh berbeza daripada kebiasaan.

Masjid Assyafaah Sembawang Singapura

Setakat tiga kali saya solat Jumaat di sini, baru sekali berkesempatan untuk solat di Dewan Solat Utama kerana jumlah jemaah yang agak ramai dan ruang masjid yang terhad. Lagi dua kali saya solat di bahagian bawah. Walaupun hanya dua (rasanyalah) Dengan empat tingkat, ada lif yang menghubungkan bahagian bawah kerana di situlah ruang berwuduk dan tandas.

Masjid Assyafaah Sembawang Singapura

Mujurlah ada masjid yang dekat dengan tempat kerja buat beberapa waktu ni. Tak perlu bersusah nak gerak jauh.

beliamuda: Pereka prinsipal Masjid Assyafaah bukanlah seorang yang beragama Islam.

3 thoughts on “Solat Jumaat di Masjid Assyafaah, Singapura

    • Memang smart. Masjid ni agak baru jugalah kiranya di Singapura. Agak aktif juga menjalankan aktiviti. Minggu lepas rasanya Dr Zaharuddin ada datang sini.

  1. Pingback: Berbuka dengan Bubur Lambuk Pemberian Pak Abu | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge