Salam sejahtera buat semua.
Sebelum bermulanya perjalanan ke Singapura atas urusan kerja, antara perkara yang menjadi kerunsingan saya ialah perkara berkaitan kewangan. Sudah tentu saya perlu menukar Ringgit Malaysia (RM) kepada Dolar Singapura (SGD) untuk membolehkan saya berbelanja di sana. Tapi, berapa banyakkah yang perlu ditukar?
Untuk tidak mengusutkan fikiran, adalah lebih baik saya mempunyai kad kredit atau kad debit yang boleh digunakan tanpa perlu risau mengenai tukaran matawang jika wang yang saya bawa bersama sudah kehabisan. Setelah meminta pandangan keluarga dan rakan-rakan serta status semasa kewangan, saya memutuskan untuk menaiktaraf Kad ATM CIMB (CIMB BankCard) saya kepada Kad Debit CIMB MasterCard (CIMB Bank Debit MasterCard).
Sebelum ini saya telah pun mempunyai Kad Debit Maybank Visa (Maybankard Visa Debit). Dengan kad debit ini jugalah saya telah berjaya mengaktifkan akaun PayPal untuk digunakan bagi urusan pembayaran di luar Malaysia. Namun, akaun Maybank bukanlah akaun utama saya.
Sebenarnya saya tidak pernah tahu pun mengenai kewujudan kad ini sehinggalah apabila ada rakan sekerja saya yang menunjukkan Kad ATM CIMB yang dipakainya. Kad tersebut adalah Kad Debit CIMB MasterCard. Katanya dia terus dapat kad tersebut semasa kali pertama mendaftar untuk akaun CIMB. Menyedari kewujudan kad tersebut, tidak rugi untuk saya menaik taraf kad ATM sedia ada kerana ianya percuma sahaja.
Cara menaik taraf kad ATM CIMB kepada kad debit CIMB MasterCard
Untuk mendapatkan kad debit CIMB MasterCard, pemegang akaun simpanan atau semasa boleh terus membuat permohonan di cawangan bank CIMB yang berdekatan dengan syarat pemohon tersebut perlulah berumur 12 tahun dan keatas. Bagi pemohon yang berumur diantara 12 dan 18 tahun, permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan yang ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga.
Saya telah membuat permohonan Kad Debit CIMB MasterCard di cawangan CIMB Bandar Puteri yang merupakan cawangan CIMB terdekat dengan saya dan bukan di cawangan bank saya membuka akaun CIMB (cawangan tersebut telah pun dimansuhkan iaitu cawangan CIMB UTP).
Oleh kerana tidak tahu bagaimana prosedur yang perlu saya lalui, maka kaunter pertanyaan menjadi tempat tujuan saya. Saya diberikan satu borang permohonan khas berserta nombor giliran yang berlainan daripada kebiasaan. Walaupun hanya terdapat dua angka yang sedang menunggu giliran, lebih setengah jam juga sebelum tiba giliran saya.
Sebaik tiba giliran saya, borang permohonan yang telah lengkap diisi diberi kepada staf yang bertugas berserta dengan kad ATM dan kad pengenalan. Kad Debit CIMB MasterCard saya terus diproses dan boleh diambil serta merta. Turut disertakan ialah nombor PIN yang perlu ditukar di mesin ATM dalam tempoh 24 jam.
Bagi saya yang menggunakan CIMB Clicks, status akaun saya turut menjadi tanda tanya kerana setiap akaun CIMB Clicks adalah unik dengan setiap kad ATM pengguna (akaun CIMB Clicks dengan kad ATM pertama saya yang telah hilang tidak dapat digunakan apabila berlaku masalah kerana reset tidak dapat dilakukan jika maklumat kad ATM tidak dapat dibekalkan). Dimaklumkan, saya perlu mendapatkan e-PIN yang baru daripada mesin ATM seperti pendaftaran kali pertama kerana apabila saya login ke CIMB Clicks, akan keluar popup yang meminta dimasukkan e-PIN. Nombor telefon bimbit juga perlu dimasukkan sekali.
Seperti yang dipaparkan di portal CIMB berkenaan dengan Kad Debit CIMB MasterCard, sepatutnya ada caj RM8 dikenakan bagi naik taraf kad ATM. Namun caj RM8 tersebut telah pun dimansuhkan. Jadi, proses penukaran kepada kad debit ini adalah percuma seperti yang telah saya maklumkan di awal entri. Sebelum kad debit tersebut boleh digunakan, ianya perlu diaktifkan terlebih dahulu.
Melalui perbualan saya dengan operator CIMB selepas kali pertama menggunakan Kad Debit CIMB MasterCard, pengaktifan boleh dilakukan di mesin ATM (saya ada memasukkan had limit POS sebelum menggunakannya) atau diaktifkan terus semasa proses permohonan (ada notis yang berkaitan pengaktifan dilekatkan pada kad, tetapi saya sudah lupa apa yang tertulis di situ). Sebarang maklumat lanjut dan berkaitan boleh diajukan terus kepada pegawai dan staf bank CIMB.
beliamuda: Tukaran matawang asing di pengurup wang berlesen adalah lebih rendah kadarnya berbanding tukaran dengan bank.
Info yang menarik dan memang dicari2. Tq for sharing. ;P
@mohaimin, Terima kasih Moh. Lepas dua minggu baru dapat tulis.
nak tanya, boleh ke mohon kad debit ni tanpa ada kad atm yang lama mahu pun ada sebarang akaun dgn cimb? contoh macam apply kad debit visa public bank yang tak perlukan buka buku akaun simpanan untuk dapatkan kad tu.
@mohd, Syarat untuk ada kad debit CIMB ialah kena ada akaun dengan CIMB sebab kad debit ni akan disambungkan dengan akaun tersebut.
hai,aslmkum
,akaun cimb click saya sudah kena block,,. pada masa yg sama saya berhasrat untuk memiliki master kad cimb,,,
,jikalau saya tukar kad cimb biasa saya kepada master kad ,apakah perubahan kepada akaun cimb click sya,,?,, adakah automat reset atau perlu call operator…
tq
Wasalam.
Akaun CIMB Click yang dihalang akses perlu dilepaskan dulu dengan menghubungi pihak CIMB. Kenapa akaun CIMB Click anda telah dihalang akses?
Setiap akaun CIMB Click dikaitkan dengan satu kad ATM CIMB. Lebih baik selesaikan yang itu dulu sebelum tukar kad.
Kesimpulannya, lebih baik buat panggilan kepada operator terlebih dahulu.
assalamualaikum…
kalau kad atm cimb saya … sudah dinaiktaraf kepada kad debit, adakah ada charge2 tersembunyi yang lain… seperti kad kredit?
Waalaikumussalam.
Caj tersembunyi bagaimana yang dimaksudkan? Saya tidak pernah menggunakan kad kredit, jadi saya kurang pasti berkenaan caj tersembunyi yang dimaksudkan.
Berkenaan kad debit, ada caj yang dikenankan seperti caj tahunan sebanyak RM8.
Berkenaan caj-caj yang lain, boleh rujuk di portal CIMB.
assalamualaikum..
saya belum lagi buka akaun CIMB walaupun umur dah mencecah 21 tahun. saya hendak tanya, bolehkah saya terus buka akaun untuk kad debit cimb mastercard atau perlu dapatkan kad atm sebelum menaiktarafkan kad atm tersebut kepada debit kad?
Waalaikumussalam.
Kalau tak silap saya, akaun baru pun boleh guna terus dengan kad debit Mastercard tu. Saya naik taraf sebab sebelum ni pakai kad ATM CIMB yang biasa je…
ingat esok nak convert kad atm ke kad debit ni.. tp rupanya kad ni tak boleh buat online transaction spt kad debit lain.. pelik ttp benar.. sy call cimb ckp mcm tu.. dia kata cuma blh swipe jer.. biar betul..
Ouh. Macam tu ke? Patutlah beberapa kali cuba buat transaksi dalam talian sebelum ni tak pernah berjaya. Nasib baik ada Maybankard Visa.
kalo tak berjaya cmn nak buat ye…. utk aktifkan Master Card tu? dh byk kali bt transaksi tp still x boleh.
tukar dah 🙂
beckhrooy´s last blog about ..Tukar kepada Kad Debit CIMB MasterCard
Assalam.. boleh tanya.. yang di maksudkan mengaktifkan tu macam mana ye? Adakah bermaksud aktif oversea? Aktif dalan online atau internet? Mohon pencerahan yaa ^^
nak beli gems coc guna debit card cimb tapi dia tulis invalid credit card number.walaupun dh aktifkan debit kad..ada tak cara untuk selesaikan masalah ni..
kakero, kad debit mastercard cimb ni tak boleh buat online transaction
jawapan bg soalan di atas..number kad tidak sah,padahal dah tulis betul betul xtahu dimana salah..
kad maybank visa nak beli gem coc tapi dia cakap nombor kad tidak sah..tidal tahu dimana salah padahal dah tulis betul betul
Assalam..saya nak tya mcm mane nak aktif kan mastercard cimb untk terima bayaran dari luar negara..