beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Saya Bangga Menjadi Graduan UTP!

Diposkan oleh yang telah menulis 1110 entri

Salam sejahtera buat semua.

Graduan UTP 2012

Menjejakkan kaki ke universiti telah menjadi salah satu impian yang ditanam ke dalam jiwa setiap murid sekolah. “Saya nak menjejakkan kaki ke menara gading” sering kali menjadi kalimah yang diulang sebut untuk menggambarkan keinginan dan matlamat pendidikan ke peringkat yang tertinggi. Jadi, selepas tamat pengajian di menara gading, adakah anda bangga menjadi seorang graduan?

Selepas Bergelar Graduan

Sebaik sahaja menamatkan pengajian, persoalan yang timbul di dalam benak mahasiswa ialah “apakah yang akan dilakukan selepas ini?” Sering kali, hanya dua pilihan yang sentiasa disebutkan iaitu menjejakkan kaki ke alam pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang seterusnya.

Bagi yang telah membuat pilihan masing-masing, perjuangan yang baru akan bermula dalam usaha untuk merealisasikan pilihan masing-masing. Pilihan yang telah dibuat oleh saya adalah meneruskan langkah ke alam pekerjaan. Kenapa bukan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana? Tentulah ada beberapa sebab yang tidak akan disebutkan di sini.

Hari ini saya terbaca satu luahan hati seorang rakan yang menyatakan kepayahan menjadi seorang graduan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sebelum saya jelaskan kenapa dia rasa begitu, saya tegaskan di sini yang saya bangga menjadi seorang graduan UTP!

Putera CJ7 Putera CJ7~!

Kenapa tak kerja dengan PETRONAS?

Acap kali juga saya ditanya semasa di peringkat awal mula bekerja dengan soalan tersebut. Panjang lebar jugalah penjelasan yang diberikan oleh saya berkenaan dengan UTP dan biasiswa PETRONAS.  Menjadi graduan UTP, sangkaan ramai orang ialah keterikatan pelajar UTP dengan PETRONAS. Perkara itu sebenarnya tidak benar sama sekali, kecuali jika anda adalah seorang penerima biasiswa PETRONAS.

Ya, saya bukan seorang penerima biasiswa PETRONAS. Saya menuntut di UTP diatas pinjaman dengan pihak MARA. Hanya penerima biasiswa PETRONAS sahaja yang akan terikat dengan PETRONAS berdasarkan isi perjanjian dalam kontrak biasiswa (yang saya sendiri tidak tahu isi penuhnya).

Graduan UTP dan kerja Petronas

Fobia Kompeni Dengan Graduan UTP

Pernah dikhabarkan kisah mengenai senior kami iaitu seorang penerima biasiswa PETRONAS yang menerima tawaran bekerja dengan sebuah kompeni lain. Sudah menjadi amalan untuk pekerja baru mengikuti latihan terutama dalam bidang kejuruteraan.

Tidak berapa lama selepas itu, graduan tersebut telah dipanggil untuk berkhidmat dengan PETRONAS. Maka, dia terpaksa meninggalkan kompeni tersebut kerana adalah melanggar kontrak biasiswa jika tidak bekerja dengan PETRONAS sekiranya dipanggil.

Kos latihan dalam bidang kejuruteraan adalah tinggi. Seorang jurutera yang sedang berada dalam laithan tidak dapat memberi sumbangan kepada syarikat (pada waktu itu), sedangkan pembayaran gaji berjalan seperti biasa. Kos masa dan bahan yang digunakan dalam tempoh latihan juga tidak tertebus semula jika jurutera itu tidak dapat berkhidmat dengan syarikat tersebut.

Penjelasan di atas adalah logik mudah yang saya yakin turut terpakai untuk keadaan dalam profesion dan industri yang berlainan. Kerugian tersebut menjadi fobia untuk sebuah syarikat yang telah mengalaminya. Walhal, perkara ini sebenarnya dapat diatasi dengan mudah jika penjelasan yang sebetulnya dapat diberikan.

Bergambar dengan Pak Gad Peace Peace yo!

Kesimpulan

Mungkin saya tidak faham benar kepayahan memburu karier yang diidamkan. Sebaik sahaja menghantar resume dan dipanggil untuk temuduga tempoh hari, laluan untuk saya mendapat tempat di alam pekerjaan adalah mudah. Percubaan pertama yang berjaya. Ada rakan-rakan yang telah menghantar ke sekian banyak kompeni, namun masih belum mendapat tempat.

Buat rakan-rakan yang masih dalam proses mencari tempat di alam pekerjaan, teruskanlah usaha. Memang banyak lagi peluang yang terhidang. Yang tinggal hanyalah mencari di mana adanya peluang tersebut dan menyambarnya.

beliamuda: Adakah kamu bangga menjadi graduan daripada universiti yang pernah kamu menuntut?

06

March
2012
Masa: 0:00

13 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. Saya bangga bro!
    Gambar last adalah sgt IMBA.
    Haha..smart2 (^_^)
    Nashunter´s last blog about ..|| Hujung Minggu Lalu ||My Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Nashunter, Dapat juga peluang bergambar peace dengan dia.

    [Reply]

  2. saya bangga la awak..hik3

    weh, amik gambaq dgn pakgad peace!!
    hazwan´s last blog about ..Ajaibnya Mesin BasuhMy Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hazwan, hehehe… kebetulan berpeluang. Maka rebutlah ia.

    [Reply]

  3. nipi nak kahwin cepat, that why terus kerja cepat2… ++nipi malas nak gosok2 baju.. kalau kahwin nanti, ada orng gosokkan

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @syafiq, haha… konon Syafiq ni kan tau2 je. Macam kenal eh? =P

    [Reply]

  4. bangga jua =)
    Faris Al-Muhandisu´s last blog about ..Kerinduan Rasulullah Pada Umat Akhir ZamanMy Profile

    [Reply]

  5. lipanboy

    bangga gilooo

    [Reply]

  6. aminbaek

    bangga2…haha

    [Reply]

  7. oi, dah keje kat mana sekarang? tak ajak aku pun. :P
    Pisyek´s last blog about ..Pay With A TweetMy Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Pisyek, Hohoho… aku dah keje kat Yokogawa Puchong. Macam la kau tak tahu kan?

    [Reply]

  8. mustaqim razak

    awesome batch ever….glad to know you guys..
    hope the memories remains in deep one’ heart

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @mustaqim razak, Yeah! Semoga semua dalam kalangan kita berjaya dalam bidang masing-masing selepas ini.

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv badge