Ranking MRSM dalam Keputusan SPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Ranking MRSM keputusan SPM 2011

Baru sebentar tadi saya kongsikan dengan pembaca semua mengenai senarai 6 kedudukan terbaik MRSM di Malaysia dalam keputusan SPM 2011. Selepas itu, saya menerima senarai penuh kedudukan MRSM dalam keputusan SPM 2011 berserta dengan GPM setiap maktab.

Kedudukan setiap MRSM dalam senarai di bawah telah disusun mengikut nilaian Gred Purata Maktab (GPM) bagi setiap MRSM.

Ranking MRSM SPM 2011

  1. TUN GHAFAR BABA – 1.00
  2. TAIPING – 1.06
  3. PENGKALAN CHEPA – 1.13
  4. KUANTAN – 1.19
  5. LANGKAWI – 1.21
  6. PONTIAN – 1.29
  7. BALIK PULAU – 1.63
  8. TRANSKRIAN – 1.70
  9. PASIR SALAK – 1.73
  10. KUALA KUBU BARU – 1.77
  11. TAWAU – 1.78
  12. PENDANG – 1.80
  13. PDRM KULIM – 1.83
  14. SERTING – 1.85
  15. GEMENCHEH – 1.88
  16. MUADZAM – 1.90
  17. BATU PAHAT – 1.92
  18. LENGGONG – 1.92
  19. PENGKALAN HULU – 1.92
  20. KUALA TERENGGANU – 1.94
  21. MERBOK – 1.95
  22. FELDA – 1.97
  23. KOTA KINABALU – 2.00
  24. KUBANG PASU – 2.00
  25. BESERI – 2.02
  26. KUCHING – 2.03
  27. ALOR GAJAH – 2.04
  28. KEPALA BATAS – 2.06
  29. JELI – 2.07
  30. TUN GHAZALI SHAFIE – 2.10
  31. K.BERANG – 2.20
  32. KUALA KRAI – 2.23
  33. TERENDAK – 2.28
  34. BETONG – 2.29
  35. MUAR – 2.31
  36. MUKAH – 2.31
  37. MERSING – 2.32
  38. BESUT – 2.40
  39. KOTA PUTRA – 2.42

Seperti di dalam ranking MRSM dalam keputusan SPM 2010, saya ada menghitamkan nama dua buah MRSM. Kebetulan dalam senarai tahun lalu, kedua-dua MRSM tersebut berada dalam kedudukan paling atas dan terbawah. Kedua-dua MRSM tersebut adalah bekas sekolah saya pada suatu masa dahulu.

Nampaknya MRSM Transkrian telah mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan apabila berjaya menempatkan diri dalam kalangan MRSM cemerlang keputusan SPM 2011 berbanding keputusan tercorot pada tahun 2010. Tahniah! Tahun ini juga genaplah 10 tahun MRSM Transkrian.

beliamuda: Menanti senarai penuh kedudukan SBP dalam keputusan SPM 2011.

Comments

24 responses to “Ranking MRSM dalam Keputusan SPM 2011”

  1. […] [Terbaru: Ranking MRSM dalam keputusan SPM 2011!] […]

  2. Affan Ruslan Avatar

    Aku exMRSM KKB, lately takat tu je, tak naik-naik.
    Sedih gak. Haha. Masa batch senior aku dpt no 1 non pkp, pastu terus merudum batch demi batch hehe

    1. beliamuda Avatar

      @Affan Ruslan, Sekurang-kurangnya dapat bertahan. Ouh, ko ex-KKB rupa-rupanya.

  3. […] daripada senarai kedudukan MRSM dalam keputusan SPM 2011, ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam keputusan SPM 2011 turut menjadi perhatian sebagai […]

  4. […] [Terbaru: Ranking MRSM bagi keputusan SPM 2011!] […]

  5. @EzrlG Avatar

    Transkrian!

    1. beliamuda Avatar

      @@EzrlG, Yeah! Masa sambutan nanti, ada la juga untuk dibanggakan!

  6. […] beliamuda.com Twitter Facebook Digg It! Delicious Stumble it RSS Email Trackback URL Tags: keputusan SPM […]

  7. Wan Hartini Wan Mohamed Avatar
    Wan Hartini Wan Mohamed

    Salam sejahtera,
    Saya nak share entri ini di Facebook, boleh?

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Hartini Wan Mohamed, Wasalam. Silakan sahaja. Saya tiada masalah dengan perkongsian di mana-mana pun.

    2. Noor Aida Sapian Avatar
      Noor Aida Sapian

      @Wan Hartini Wan Mohamed, tk kerana sudi sharing kat fb, kalu tak akak masih tak tahu…

  8. Nino.mia Avatar

    Congratz eyh kat junior ansara~
    Semoga jalan kejayaan terbuka lebih luas utk kalian~

  9. Syazwan Zubir Avatar

    GPM ni die kire camne..paling bagus brape? aku ingat dulu 1.00 paling bagus..

    1. beliamuda Avatar

      @Syazwan Zubir, dulu paling bagus adalah 1.0 kerana sistem gred yang berbeza. Sejak kewujudan sistem gred baru, maka garisan halangan 1.0 boleh dipecahkan. Kalau tak silap, gred purata dikira secara purata daripada gred pelajar dalam sekolah atau maktab tersebut.

  10. Noor Aida Sapian Avatar
    Noor Aida Sapian

    Salam… kalu ada ranking MRSM dan SBP, tak de ranking u SMK(A) ke?, depa pun pelajar terpilih… tk..daun keladi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge