HTC Desire S : Handphone Percuma Dari Maxis

Salam sejahtera buat semua.

HTC Desire S

Bagi rakan blogger yang ada berkunjung ke blog Broframestone baru-baru ini, pasti ada terbaca satu entri yang mempunyai tajuk yang sama dengan tajuk entri kali ini. Memang samalah tajuknya sebab saya tiru bulat-bulat daripada tajuk entri yang ditulis oleh Broframestone tersebut.

Kisahnya memang sama saja dengan Bro sebab kami adalah kumpulan ke-11 dalam Maxis10 yang diberi peluang untuk mengulas sebuah smartphone iaitu HTC Desire S daripada 10 blogger yang lain. Jadi, HTC Desire S yang saya masih lagi pakai sampai sekarang ini adalah yang dapat secara percuma daripada Maxis.

Kalau di ofis, pasti rakan-rakan akan pelik apabila saya memberitahu saya dapat percuma je HTC Desire S tersebut daripada Maxis. Nasib baik diorang faham apabila saya sebut dua kata kunci utama iaitu ‘blogger’ dan ‘review’.

Banyak dah jasa henpon ni sebenarnya. Dengan henpon ni la saya selalu online walau di mana pun saya berada, asalkan ada sambungan Internet Broadband Maxis. Sebab tu la juga saya dapat aktif di Twitter dan Foursquare walaupun kadang-kadang tak sempat sangat nak berkicau.

beliamuda: Selepas dapat HTC Desire S tu, boleh dikatakan sampai sekarang ni blog berada dalam fasa pendam. Kesempatan masa untuk terus aktif di sini semakin terbatas.

Comments

12 responses to “HTC Desire S : Handphone Percuma Dari Maxis”

  1. Bro Framestone Avatar

    Wah…!!!

    Ape nie.. blog dah terbengkalai nie…

    1. beliamuda Avatar

      @Bro Framestone, Masih lagi mencari titik mula untuk bergerak aktif semula. Tapi mungkin terhad je la.

  2. fasz Avatar

    untung la dpt free….

    1. beliamuda Avatar

      @fasz, Rezeki bakal anak-anak la ni. Hehehe~

    2. fasz Avatar

      @fasz, eh bakal2 anak-anak? hehehe…

      kemain lg ye

      1. beliamuda Avatar

        @fasz, haha… tak boleh nak lama-lama kalau bab ni. >_<

  3. sha Avatar

    sha ada langgan data plan dgn maxis dan dapat free htc desire s ni… dah lebih 4 bln lah pakai…hiks

    1. beliamuda Avatar

      @sha, Wah. Macam mana prestasi henpon? Ni dah nak dekat setahun guna. Setakat ni boleh tahan la, cuma dah sekali pernah buat factory reset sebab ada masalah.

      1. sha Avatar

        @beliamuda, ok lah. very convenient. user friendly. tapi sha tak byk masa sgt nak godek2 dan explore. dok layan baby je bila balik dari keje…

        1. beliamuda Avatar

          @sha, setiap kali nak tidur tu, boleh godek-godek dulu kejap. Setiap hari sikit-sikit, lama dapat la semua.

  4. […] Rasa macam smartphone yang saya pakai sekarang ni dah mula meragam. Ehem! Kongsi entri ini: This entry was posted in Instagram and […]

  5. Amir asyhraf Avatar

    wowi aq no phone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge