Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini: Tarikh-tarikh penting berkaitan program Matrikulasi KPM!]

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013, semakan dan kemaskini permohonan sudah boleh dibuat.

Cara Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi

Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu di Aplikasi Kemaskini Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Sesi 2012/2013.

Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM untuk membuat memasuki aplikasi tersebut. Proses semakan dan kemaskini ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan maklumat tertentu.

Tempoh Masa Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi

Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 6 Februari sehingga 20 Februari 2012.

Pertanyaan Lanjut Berkenaan Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4036 / 4083 / 4040 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi. Talian bantuan ini boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.

beliamuda: Adik tak teringin nak masuk matrikulasi ke?

Comments

23 responses to “Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013”

  1. izzan Avatar
    izzan

    nak tnye ,, kalau saya ambik addmath, physics , kimia n lukisan kejuruteraan , saya patut ambk jurusan sains ke aliran teknikal ataupun jurusan perakaunan ?? kalau saya nk ambl jurusan sains boleh tak?? tpi saya xambil bi0l0gy ..

    1. beliamuda Avatar

      @izzan, Anda boleh teliti sendiri kriteria yang dinyatakan di atas. Pemilihan jurusan bergantung kepada diri anda sendiri. Anda boleh mengambil jurusan Sains walaupun tiada Biologi (dengan syarat anda mengambil subjek Kimia dan Fizik).

  2. […] [Terbaru: Buat semakan permohonan kemasukan ke Matrikulasi di sini!] […]

  3. Agnes Joseph Avatar
    Agnes Joseph

    slmt sejahterah…okay sy nak tnya,adakh matrikulasi ini merupakan stu institusi yg dpt mnjamin masa depan pljr atau bagaimana..?

    1. beliamuda Avatar

      @Agnes Joseph, matrikulasi hanya sebuah institusi untuk menuntut ilmu, bukan sesuatu yang menjamin masa depan anda. Anda sendiri yang harus berusaha untuk masa depan anda.

  4. :) Avatar

    saya ada satu permintaan..apa pandangan beliamuda sekiranya matrikulasi ditukar menjadi institusi pondok ? 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @:), pandangan ringkas saya, macam tak perlu je ditukar kepada institusi pondok. Kenapa mesti matrikulasi? Kenapa kepada institusi pondok

  5. Mohd Ridwan Avatar

    Saya ingin bertanya jika saya sudah mengisi borak matrikulasi oktober lalu,tetapi saya tidak membuat semakan dan kemaskini pada february lalu,adakah permohonan saya diterima?Hapap membantu!

    1. beliamuda Avatar

      @Mohd Ridwan, Tujuan semakan dan kemaskini baru2 ini adalah untuk memberi peluang jika ada maklumat yang perlu diubah. Ianya tidak memberi kesan kepada permohonan anda jika tiada apa2 yang berubah.

  6. Nur Hanani Bt Abdul Halim Avatar
    Nur Hanani Bt Abdul Halim

    salam…
    sebelum peperiksaan SPM berlangsung,saya telah memilih jurusan akaun…tapi pada tarikh semakan dan kemaskini dibuka,saya telah menukar jurusan saya kepada jurusan sains…kerana pada peperiksaan akaun,saya telah merasakan subjek akaun tidak dijawab dengan penuh keyakinan..hal ini kerana saya mempunyai masalah pertukaran sekolah dan masalah kesihatan pada saat-saat akhir peperiksaan..tapi setelah keputusan peperiksaan SPM di umumkan,saya berasa bersyukur kerana subjek akaun cemerlang tetapi subjek sains(kimia) pula hanya lulus sahaja…
    saya telah membaca syarat kemasukan ke jurusan sains dan mendapati saya tidak memenuhi kelayakan yang diinginkan…
    disini,saya ingin bertanya adakah permohonan saya dapat ditukar ke jurusan akaun semula walaupun tarikh kemaskini sudah ditutup?
    adakah permohonan saya terus ditolak dan adakah pihak matrikulasi dapat memahami keadaan saya??
    harapan saya dan keluarga agar dapat melanjutkan pengajian ke matrikulasi untuk mengubah corak kehidupan…
    sekian,wassalam…

    1. beliamuda Avatar

      @Nur Hanani Bt Abdul Halim, Setakat apa yang saya fahami, sebarang pertukaran sudah tidak boleh dibuat selepas kemaskini tempoh hari kerana sekarang ni sudah masuk fasa untuk pihak berkaitan membuat pemilihan.

      Apa yang boleh saudari lakukan buat masa ini, jangan lupa untuk isi juga permohonan ke UPU dan berdoa agar semuanya berjalan seperti yang diinginkan.

  7. qirana qhyra Avatar
    qirana qhyra

    salam..
    saya buat permohonan mtrikulasi dlm bidang peraakaunan..saya ingin ambil jurusan akaun tp bhsa inggeris saya dapat D..Tp prisip akaun saya dpt A.. adakah saya dpt mlnjutkn pljrn ke matrikulasi?

  8. dyla Avatar
    dyla

    saya dah isi borng matrik dlu n sya d terima masuk di matrikulasi selangor..tpy slepas sya isi borang itu dulu,,sya x print maklumat tersebut..adakah ianya wajib??

    1. beliamuda Avatar

      @dyla, Maklumat apa yang dimaksudkan? Saya kurang jelas.

  9. nisa Avatar
    nisa

    boleh ke tukar jurusan sains kepada jurusan akaun ? sbb saya dapat jurusan sains pst tapi nak tukar kepada akaun . boleh tak ?

    1. beliamuda Avatar

      @nisa, Rasanya tak boleh.

  10. mizu Avatar
    mizu

    salam,
    nak tnye, kalau ibubapa tiada sijil kelahiran boleh msuk matrikulasi x???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge